Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.liung] | بليوڠ

Definisi : sj kapak yg matanya melintang (perkakas tukang kayu); bagai ~ dgn asahan prb sangat ikrab; bertemu ~ dgn ruyung prb kuat sama kuat (berani sama berani); hilang jasa ~, timbul jasa rimbas prb hilang jasa seseorang kerana orang lain; kilat ~ sudah di kaki, kilat pisau sudah ke tangan prb hujung kata atau kias perkataan itu dikenali oleh orang yg bijaksana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.liung] | بليوڠ

Definisi : sj alat yg matanya lebih kecil drpd mata kapak dan melintang letaknya (umumnya digunakan utk menarah atau utk menebang kayu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beliung

Puisi
 

Asah kapak tajam beliung,
     Tebang mari kayu berduri;
Tuanku umpama kemuncak payung,
     Patik di bawah berteduh diri.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Bertemu beliung dengan ruyung.

Bermaksud :

Bertemu dengan lawan yang sepadan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bersua baji dengan matan).

 

Lihat selanjutnya...(17)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
adzebeliungArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiBeliung yang wujud pada Zaman Neolitik dan mempunyai pelbagai bentuk, bersegi empat dan segi empat panjang. Beliung mempunyai bahagian mata yang berasah pada satu sisi dan ada juga dikenali dengan nama beliung berparuh. Beliung digunakan dalam bidang pertanian. Di Malaysia, beliung ditemui di Gua Cha, Kelantan. Banding Kapak.
beliungbeliungKesenianTiadaAlat ukir daripada besi seperti kapak yang bermata melintang, digunakan untuk menarah ukiran.
shoulder adzebeliung berbahuArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiBeliung yang wujud pada Zaman Neolitik di Asia Tenggara. Beliung berbahu mempunyai bentuk fizikal yang kecil, mata bersudut, bahagian badan bersegi empat kecil. Alat ini digunakan dalam aktiviti sesuatu upacara dan juga dijadikan sebagai alat untuk menarah. Tonjolan bersegi empat kecil digunakan sebagai asas meletakkan alat pemegang. Beliung berbahu mempunyai bentuk yang hampir sama dengan kapak bertakik tetapi terdapat sedikit perbezaan kerana kapak bertakik mempunyai pinggang di bahagian atas sementara badan dan matanya agak membulat. Beliung berbahu ditemui di tapak arkeologi di Rasa., Jenderam Hilir (Selangor) dan Hulu Tembeling (Pahang),
beaked adzebeliung berparuhArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiBeliung berbentuk persegi empat panjang dan persegi empat tepat. Pada bahagian mata terdapat dua kesan tarahan yang dilakukan pada bahagian sisi kiri dan kanan dengan kesan garis pemisah di bahagian tengahnya. Bentuk beliung berparuh yang utama ialah pertama sekiranya dilihat dari atas, bahagian tarahan mata berbentuk V dan bahagian mata yang tajam berbentuk bulat. Bentuk kedua, bahagian pemisah antara bahagian mata masih berbentuk V tetapi hujung matanya seakan-akan bersegi empat yang ditarik ke bawah. Ketiga, kesan garis pada mata berbentuk W dan tidak terdapat garis pemisah manakala bentuk keempat, kesan garis pada mata berbentuk U dan tidak terdapat garis pemisah. Antara tapak penemuan beliung berparuh ialah di Hulu Tembeling (Pahang), Bukit Chuping (Perlis), Gua Madu (Kelantan) dan Tanjung Malim (Perak).
hatchet stakepancang beliungKesenianTiadaPancang yang bentuknya seperti bentuk beliung.
adz hammertukul beliungKesenianTiadaTukul yang mempunyai mata yang berbentuk beliung.
tornado insuranceinsurans puting beliungPentadbiran PerniagaanTiadaPerlindungan untuk kerugian harta akibat puting beliung.
adzebeliungSukanTiadaAlat daripada logam yang mempunyai bilah mata tajam, badan yang melengkung dan agak cembung, mempunyai pemegang dan digunakan untuk memotong kayu.
adzebeliungSejarahTiadaAlat daripada logam yang mempunyai bilah mata tajam, badan yang melengkung dan agak cembung, mempunyai pemegang dan digunakan untuk memotong kayu.
adzbeliungKesenianTiadaSejenis kapak yang matanya melintang.
12345

Kembali ke atas