Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (bélok) ® selok-belok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : IB pasung (utk membelenggu kaki);membelok membelenggu dgn belok;pembelokan ark rumah pasung, penjara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (bélok) kelok, liku, bengkok, tidak lurus: belang-~;berbelok berkelok, berganti hala: Basir melambatkan skuternya dan ~ ke pekarangan;berbelok-belok 1. berkelok-kelok, berliku-liku: jalan yg ~; 2. selalu berbelok: dia turun bukit ~;membelok menukar hala, memusing: bas yg mereka tumpangi ~ masuk ke kampung;membelokkan mengubah hala (haluan), mengelokkan: dia ~ skuternya dan memberhentikannya di hadapan hotel;belokan selekoh, kelok;pembelokan 1. perihal atau perbuatan membelok(kan); 2. belokan, selekoh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Jk besar dan lebar (mata). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : takal besar, kapi, kerek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /bélok/; berbelok bertukar atau berganti arah; berputar ke kiri atau ke kanan dr arah yg mula-mula: Apabila sampai di simpang empat, ia pun ~ ke kiri menuju ke rumah adiknya. membelok menukar arah: Tiba-tiba kereta itu ~ ke kanan. membelokkan mengubah haluan sesuatu: Ia ~ keretanya ke kanan lalu berhenti di hadapan sebuah pondok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belok

Puisi
 

Belok-belok ke jamban pilih,
     Teras seraya di dalam padi;
Elok buruk aku tak pilih,
     Asalkan berkenan dalam hati.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
selok-belok atau selok belok? tqJawapan yang betul ialah "selok-belok".Tatabahasa02.03.2015
yang mana satu betul? 1. mengambilkira/mengambil kira 2. ambil kira/ ambilkira 3. tingkahlaku/tingkah laku 4. selok-belok/selok belok 5. vandalisme/vandalisma 6. bersangkut-paut/bersangkut pautEjaan yang betul ialah (1) mengambil kira; (2) ambil kira; (3) tingkah laku; (4) selok-belok; (5) vandalisme; (6) bersangkut paut.Ejaan22.08.2014
bole gunakan ayat "belok kiri 300 sekitar 300 meter" untuk papan tandaAyat yang boleh digunakan ialah LAGI 300 METER, BELOK KIRILain-lain23.11.2016
Adakah ayat ini betul? Saya belok ke kanan hingga sampai Jalan OrkidSaya membelok ke kanan hingga sampai ke Jalan Orkid.Tatabahasa24.07.2012
Yang manakah betul? 1. Saya membelok ke kiri. 2. Saya belok ke kiriAyat yang gramatis ialah saya membelok ke kiri.Tatabahasa24.07.2012
saya telah menyiapkan sebuah buku berkaitan sejarah politik sebuah negara.bagaimanakah saya mahu menjual karya tersebut kepada syarikat penerbitan swasta kerana saya tidak tahu selok belok urusannya dan dikhuatiri akan ditipu.Terima kasih kerana menolong saya...zaidee

Apabila saudara menjual karya kepada sesebuah syarikat swasta bermakna saudara menjual hak cipta saudara. Hal ini bermaksud bahawa karya yang telah dijual itu bukannya milik saudara lagi, tetapi milik syarikat tersebut. Sekiranya saudara berhasrat untuk menjual karya , saudara  boleh pergi  ke mana-mana syarikat dan berbincang tentang harga yang sanggup mereka tawarkan. Akan tetapi, saya mencadangkan agar saudara tidak menjual karya kepada mana-mana syarikat tetapi mengenal pasti syarikat yang berhasrat untuk menerbitkan karya saudara. Apabila karya saudara diterbitkan oleh sesebuah syarikat , saudara perlu dan wajar menandatangani lesen perjanjian penerbitan dengan syarikat tersebut  untuk menjamin hak saudara sebagai penulis dan memperoleh royalti daripada hasil penjualan buku. Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan Encik Azmi Ibrahim menerusi telefon bimbit yang bernombor 0129338492.  

Lain-lain19.03.2008
Saya sedang menyediakan dokumen bagi projek kereta api awam dan salah satu komponen kereta api ini adalah "passing loop". Hasil carian dalam bahasa melayu tidak dijumpai tapi padanan bagi bahasa indonesia adalah "sepur belok". Mohon nasihat DBP. https://en.wikipedia.org/wiki/Passing_loop https://id.wikipedia.org/wiki/Sepur_belokPadanan bagi istilah passing loop ialah landasan lencong. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah16.08.2022
Apakah syarat-syarat am atau khas bagi seseorang individu ingin menerbit atau menulis sesebuah buku?

Terima kasih atas soalan yang dikemukakan.

A. Sdr. perlu memahami apa itu penerbitan. Penerbitan terbahagi kepada penerbitan buku, Majalah, Kamus dan lain-lain. Kemudian apabila mengetahui selok belok penerbitan baharulah sdr. menubuhkan syarikat penerbit. Mendapatkan maklumat jumlah modal yang perlu kerana syarikat yang ditubuhkan perlukan a) modal pusingan b) kakitangan c) pejabat dan d) overhed (talian telefon, api, air ,sewa, promosi dan pengangkutan).

Membuat perancangan penerbitan seperti membuat perolehan manuskrip (mencari penulis yang boleh menulis skrip) menentukan bidang buku yang hendak diterbitkan dan buku peringkat apa yang hendak diterbitkan sama ada peringkat kanak-kanak, remaja atau dewasa. Juga peringkat pengajian tinggi (Buku Ilmiah) atau buku fiksyen seperti novel dan cerpen atau buku rujukan seperti ensiklopedia.

Untuk mendapatkan ilmu penerbitan perlu dicari dan banyak berbincang dengan rakan penerbit.

B. Antara syarat-syarat penting untuk memulakan karier menjadi seorang penulis yang berjaya ialah:

1.     Perlu mempunyai minat yang mendalam dan azam yang kental untuk menjadi seorang penulis.

2.     Rajin membaca pelbagai bahan bacaan seperti buku, akhbar dan majalah. Juga membaca karya-karya bermutu (novel, drama, cerpen, puisi, rencana dan esei/kritikan) oleh penulis terkenal dan memenangi pelbagai hadiah/peraduan.

3.     Mengikuti bengkel penulisan (novel, drama, cerpen, puisi, rencana, dll) yang dianjurkan oleh pelbagai pihak.

4.     Menjadi anggota persatuan penulis. Melaluinya sdr. boleh mengikuti pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di samping dapat bertukar-tukar idea dan pendapat dengan penulis pelbagai kaum dan peringkat umur.

5.    Rajin berkarya/bereksperimen tanpa mengenal putus asa.

6.    Menghantar karya ke pelbagai penerbitan untuk tujuan penerbitan di samping menguji kemampuan sebagai seorang penulis

Selamat menjadi seorang penulis dan selamat berjaya!

Lain-lain19.10.2010
apakah perbezaan perkataan kedudukan dan cabaran?

Makna kedudukan ialah 1. tempat tinggal (yg didiami); 2. tempat letaknya: ~ Singapura di tengah-tengah jalan laut yg menghubungkan Timur dan Barat menyebabkannya menjadi pelabuhan yg begitu penting di Asia; 3. keadaan atau selok-belok (hal) sesuatu perkara (terutama pd masa tertentu), situasi: sudah berkali-kali ia menerangkan ~ yg sebenarnya kpd penduduk-penduduk di situ; ~ politik (ekonomi dsb); 4. tingkatan taraf (martabat, darjat, dsb): tiap-tiap orang ada harapan utk mendapat pangkat dan ~ yg tinggi dlm negaranya;. Cabaran pula ialah 1. hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan); 2. ajakan (utk berlawan dsb); 3. sesuatu (unsur, faktor, dsb) yg mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dll): pekerjaan yg penuh dgn ~;. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna27.06.2010
Adakah penggunaan perkataan 'KEDUDUKAN' betul dalam ayat di bawah? "KEDUDUKAN apogi bagi satu satelit dalam orbit elips merupakan kedudukan satelit yang paling jauh dari planet atau bintang."Menurut Kamus Pelajar terbitan DBP, salah satu makna kedudukan ialah keadaan atau selok-belok sesuatu perkara (hal) dan cara (keadaan) sesuatu benda dan lain-lain diletakkan. Oleh itu, ayat  kedudukan apogi bagi satu satelit dalam orbit elips merupakan kedudukan satelit yang paling jauh dari planet atau bintang  betul.Lain-lain23.09.2020
12

Kembali ke atas