Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.lu.kar] | بلوکر

Definisi : tanah yg ditumbuhi pokok-pokok kecil, hutan kecil; hutan ~ hutan kecil; ~ sudah menjadi rimba prb kesalahan yg tidak dapat diperbaiki lagi; bersesapan ~ prb pekerjaan yg tidak sempurna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lu.kar] | بلوکر

Definisi : (kawasan tanah yg ditumbuhi) pohon-pohon kecil dan rendah; kayu-kayuan yg kecil dan rendah: Kami melangkah dgn hati-hati meredah semak samun dan ~ menuju ke tempat air terjun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belukar

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Dari semak ke belukar.

Bermaksud :

Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Buang daun keladi, berselimut dauh birah, b. Buang kuali ambil belanga).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
BelukarRiendrah Abd RahimHarian Ekspres16.06.1996
BelukarDarma MohammadUtusan Zaman01.03.1981
Belukar BerduriTina D. S.Bacaria25.01.1992
Meredah Belukar KedamaianA Hamid HalimBerita Harian28.03.2009
Senja Merah di Belukar Sambang sebuah teks sejarah?Azman IsmailUtusan Malaysia20.09.2007
Jeritan Di Tengah BelukarRejab F. IBacaria29.07.1987
Jangan jadi enau dalam belukarSalbiah AniBerita Harian21.08.2008
Senja Meredah Ke Pohon BelukarImlan AdabiMingguan Malaysia01.01.1992
Senja Meredah Ke Pohon BelukarImlan AdabiMingguan Malaysia01.03.1992
Persembahan teater Senja Merah Di Belukar SambangTiadaUtusan Melayu02.04.1988
12

Kembali ke atas