Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.lu.lang] | بلولڠ

Definisi : 1. kulit yg kering (keras) dan tidak disamak, kapal; ~ kering = tinggal tulang ~ kurus kering; 2. kulit yg tebal dan keras (pd tangan dll): kerana banyak memikul, terdapat ~ pd bahunya; berbelulang berkulit tebal dan keras, kapalan: telapak tangannya kesat dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lu.lang] | بلولڠ

Definisi : 1 kulit binatang yg telah dikeringkan: Kasutnya dibuat drpd ~ lembu. 2 kulit yg menjadi tebal dan keras, biasanya pd tangan atau pd bahu: Kerana selalu membelah kayu, terdapat ~ pd tapak tangannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belulang

Puisi
 

Kain buruk dalam besen,
     Buat membungkus kulit belulang;
Saya buruk lagi miskin,
     Manalah hendak dipeduli orang.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaDapur kayu dapur belulang, Nampak saja berkilat-kilat; Cakap tuan tak usah berulang, Adik pandai menangkap kilat.
Kurik Kundi Merah SagaKain buruk dalam besen, Buat membungkus kulit belulang; Saya buruk lagi miskin, Manalah hendak dipeduli orang.

Kembali ke atas