tannin | tanin | Kimia | Tiada | Kumpulan sebatian organik polifenol yang lazimnya terdapat di dalam daun, buah yang belum masak dan kulit kayu. Tanin digunakan dalam penyamakan kulit dan pembuatan dakwat dan pewarna. Misalnya, asid tanik. |
ripening | peranuman | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Proses perubahan buah daripada keadaan belum masak kepada keadaan masak. Proses ini berlaku di atas pokok atau selepas dipetik, hasil daripada beberapa proses fisiologi atau biokimia yang memperlihatkan urutan perubahan warna, tekstur, aroma dan rasa. Proses ini akhirnya menghasilkan buah yang boleh dimakan. |
muzaraah objective | matlamat muzara‘ah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Hasil yang ingin dicapai daripada akad muzara‘ah, iaitu tanaman telah mengeluarkan buah, buah telah masak, selamat dituai dan hasil telah dibahagi. Sebaliknya jika hasil belum diperoleh dan belum dibahagi, maka matlamat tersebut belum tercapai. |
Broken core (pineapple) | Pecah empulur (nanas) | Pertanian | Agronomi | Kerosakan bahagian tengah atau empulur buah nanas yang disebabkan oleh jambul yang terlalu berat atau kerosakan semasa mengutip buah di ladang. Pecah empulur yang berlaku kepada buah yang masih belum dipetik, menyebabkan bahagian atas buah lebih cepat masak berbanding bahagian bawah. Pecah empulur selepas tuaian juga menyebabkan jangkitan penyakit semasa tempoh penyimpanan atau pengangkutan. |