carotena | karotena | Kimia | Tiada | Pigmen hidrokarbon tak tepu, formula C40H56, takat lebur 188oC (alfa), 184oC (bena), dan 178oC (gama), berbentuk hablur yang berwarna kuning, jingga atau merah, dan terdiri daripada isomer alfa, beta, dan gama, tidak larut di dalam air tetapi larut sedikit di dalam alkohol, serta larut di dalam kloroform dan benzena. Karotena terdapat semula jadi dalam tumbuhan, terutamanya lobak merah, kelapa sawit, keledek dan labu. pigmen ini dapat ditukarkan kepada vitamin A dalam tubuh haiwan. Karotena digunakan sebagai pewarna marjerin dan mentega, bahan tambah makanan dan untuk membuat bahan farmasi. |