Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.nang] | بنڠ

Definisi : 1. tali halus drpd kapas, sutera, dll yg digunakan utk menjahit atau menenun; 2. = ~ skru geligir berpilin pd skru; ~ arang benang yg dihitamkan utk membuat garis lurus (dipakai oleh tukang kayu); ~ emas benang berupa dawai halus yg berwarna spt emas utk menyulam atau menenun; ~ mentah benang yg belum dipintal; ~ nanas benang yg dibuat drpd serat nanas; ~ pakan benang pd torak tenun; ~ pancarona benang yg berwarna macam-macam; ~ raja pelangi; ~ sari a) bahagian yg menghubungkan stigma dan rahim bunga; b) = ~ serbuk Id tangkai tempat sari (serbuk bunga); bagai ~ dilanda ayam prb kusut masai; menegakkan ~ basah prb mengerjakan pekerjaan yg mustahil berhasil; melanggar ~ hitam prb melanggar pantang larang, melanggar adat resam; sehari selembar ~, lama-lama jadi kain prb sedikit demi sedikit lama-lama berhasil juga;berbenang 1. mempunyai benang; 2. mempunyai benang skru;membenang 1. merupakan benang; 2. ki tidak putus-putus, bersambung-sambungan, beraturan; 3. = membenangkan membuat benang skru;pembenangan perihal atau perbuatan membuat benang (skru);pembenang (Kej) alat utk membuat benang skru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.nang] | بنڠ

Definisi : 1 tali halus drpd kapas dsb yg dipintal dan digunakan utk menjahit atau utk menenun kain. 2 = ~ skru bahagian skru yg timbul dan berbelit-belit. ~ arang benang yg dihitamkan utk membuat garisan lurus (digunakan oleh tukang kayu). ~ emas benang halus berwarna emas yg digunakan utk menyulam atau utk menenun. ~ nanas benang yg dibuat drpd serat nanas. ~ sari bahagian bunga yg menghubungkan stigma dgn rahim bunga. bebenang sesuatu yg menyerupai benang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benang

Puisi
 

Usik dayang mengatih benang,
     Benang kusut terlalulah susah;
Kalau tuan mengaku menang,
     Biarlah saya mengaku kalah.


Lihat selanjutnya...(69)
Peribahasa

Bersahabat dengan juara,
     selilit benang bulang tahu juga.

Bermaksud :

Apabila jahat, lama-kelamaan kita akan menjadi jahat pula. benang bulang = benang pengikat taji ke kaki ayam yang akan disabung.

 

Lihat selanjutnya...(27)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
package dyeingpakej mencelupKesenianHiasan DalamanProses mencelup benang bulu yang telah siap dipintal, kemudian digulung menjadi satu bentuk besar yang berlubang-lubang. Pewarna yang telah dipanaskan akan meresapi keseluruhan benang melalui lubang-lubang tersebut. Benang- benang itu seterusnya dikeringkan, diurai dan ditenun.
chenillecenilPerikananTiadaBahan daripada benang kapas, benang bulu kambing (wul), benang sutera atau rayon yang digunakan untuk membuat umpan tiruan menyerupai ulat bulu. Umpan tiruan daripada bahan-bahan ini boleh dihasilkan dalam pelbagai warna.
benang pakanbenang pakanKesenianTiadaBenang tenun yang melintang dan dilalukan di antara benang lungsin dari kiri ke kanan atau sebaliknya dengan sama ada menggunakan torak, cuban atau tangan untuk menghasilkan kain tenun.
fillinginti; isian; sarak; tampalan; tambakan; peninggian; pakan; pengisianKesenianTiada4.Pakan:Yam yang merentangi benang lungsin fabrik pada sudut tepat.,Bahan yang dicampurkan pada fabrik untuk menambah beratnya atau memenuhi ruang-ruang di antara benang-benang fabrik bagi perbaikan rupa bentuk.,Jahit renda untuk mengisi ruang.
benang karatbenang karatKesenianTiadaBahagian karat yang berupa benang asing yang diregangkan berpanca antara dua pasang anak geligin sebagai pemegang benang lungsin.
cottonbenang kapas; kapasPentadbiran PerniagaanTiadaBenang kapas: Benang daripada kapas untuk menjahit atau menenun.
menghubungmenghubungKesenianTiadaProses menyambungkan benang lungsin atau benang pakan yang putus sebelum atau semasa ditenun atau menyambungkan benang lungsin baru pada baki benang lungsin yang diterima untuk mengelakkan mengulang proses kerja awal menenun seperti menyampak dan mengarat untuk meneruskan helaian yang lain.
penghubunganpenghubunganKesenianTiadaProses menyambungkan benang lungsin atau benang pakan yang putus sebelum atau semasa ditenun atau menyambungkan benang lungsin baru pada baki benang lungsin yang sudah ditenun untuk mengelakkan proses kerja awal menenun seperti menyampak atau mengarat untuk meneruskan helaian lain.
benang lungsinbenang lungsinKesenianTiadaBenang tenun yang dipasang memanjang dari kepala kek ke hujung kek melalui jentera dan karat untuk menghasilkan kain tenun. Dalam tenun Iranun, lungsin dipasang pada saulayak yang kemudiannya digantung pada paguta.
benang asingbenang asingKesenianTiadaBenang daripada nilon, guni, jerami dan lain-lain yang digunakan sebagai alat bantu menenun seperti membuat karat, mengikat butang, mengikat sumbi dan genu serta menjalin karat.
12345678910...

Kembali ke atas