Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benar-benar

Puisi
 

Kalau tuan memburu landak,
     Saya membeli batu berkati;
Kalau puan benar-benar hendak,
     Cuba-cuba meninggal laki.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Bulat segiling,
     pecak setapik.

Bermaksud :

Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan, b. Pipih [= pecak] boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan). pecak = pipih.

 

Lihat selanjutnya...(57)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
masterpiecekarya agungKesusasteraanTiadaKarya sastera yang benar-benar bernilai, tahan diuji oleh masa, keadaan, yang menjadikan pengarangnya dikenali atau terpenting.
physical painkesakitan fizikalGerontologiTiadaSakit yang benar-benar dirasai, seperti rasa sakit apabila dicubit, ditumbuk atau luka.
physical pairpasangan fizikalMatematikTiadaDua bintang yang benar-benar hampir antara satu sama lain dan bergerak dalam orbit yang perlahan. Bintang ini juga dikenali sebagai bintang dedua sebenar.
anecdoteanekdotKesusasteraanTiadaNaratif ringkas tentang sesuatu perkara yang dianggap benar-benar berlaku dalam sejarah kehidupan seseorang tokoh. Anekdot biasanya wujud dalam penulisan biografi, esei, dan ucapan tertentu. Anekdot bertujuan untuk memperincikan perwatakan seseorang dan memberikan penekanan kepada sesuatu idea yang abstrak agar lebih konkrit dan mudah difahami. Tema dan plot sesuatu anekdot biasanya ringkas dan mudah. Kebanyakannya mengandungi mesej yang bersifat didaktik, ironi, dan sindiran. Ada kalanya anekdot penuh dengan kisah lucu dan menghiburkan hati pembaca. Dalam kesusasteraan Melayu, terdapat anekdot tentang tokoh sejarah tertentu dalam karya sastera bercorak sejarah. Contohnya dalam Sejarah Melayu terdapat anekdot tentang Tun Perak, Tun Mutahir, Tun Fatimah, sultan, pembesar, dan watak lain. Kisah �Tun Mai Ulat Bulu� belajar mengaji dengan Makhdum Sadar Jahan merupakan salah satu anekdot lucu yang menarik. Anekdot lucu juga boleh ditemui dalam cerita �Pak Kaduk� dan �Lebai Malang�.
documentarydokumentariPendidikanTiadaFilem tentang peristiwa, kegiatan dan sebagainya yang lazimnya benar-benar berlaku.
realistic filmfilem realistikKomunikasiTiadaFilem yang mencerminkan kehidupan manusia sebagaimana yang benar-benar berlaku.
documentary filmfilem dokumentariPendidikanTiadaFilem tentang peristiwa, kegiatan dan sebagainya yang lazimnya benar-benar berlaku.
letter of credencesurat tauliahKomunikasiTiadaSurat rasmi yang menyatakan bahawa pembawa surat tersebut benar-benar wakil sesuatu lembaga atau negara.
simulated autobiographyautobiografi bersimulasiKesusasteraanTiadaRiwayat diri sendiri yang ditulis dalam bentuk naratif. Periwayat dikatakan benar-benar wujud dan hidup dalam dunia nyata, padahal dia hanya watak fiksyen. Walau bagaimanapun, pembaca akan mengetahui bahawa karya tersebut suatu fiksyen kerana nama pengarangnya berlainan dengan nama periwayat dalam karya tersebut. Contohnya, dalam novel David Capperfield oleh Charles Dickens, watak David ialah periwayat rekaan dalam novel tersebut, sementara Charles Dickens ialah pengarang sebenarnya.
simulated biographybiografi bersimulasiKesusasteraanTiadaRiwayat hidup yang ditulis oleh orang lain tentang seseorang yang benar-benar wujud atau hidup dalam dunia nyata, tetapi fakta dan maklumat tentangnya adalah rekaan semata-mata. Biografi bersimulasi kadangkala mempersendakan biografi tulen. Penulisan biografi ini agak mencabar terutamanya untuk memperoleh fakta dan maklumat yang tepat serta menyusun peristiwa yang terpisah-pisah agar mempunyai kaitan yang logik. Contohnya, novel bertajuk Edwin Mullhouse oleh Jeffrey Cartwright.
12345678910...

Kembali ke atas