Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ben.ca.na] | بنچان

Definisi : 1. (mara) bahaya, kecelakaan: melihat ~ yg menimpa lombong itu seram bulu tengkuk kami; ~ alam bencana kerana air bah (gempa, angin ribut, dll); 2. kesukaran, pengkhianatan, penipuan: banyak orang takut padanya, tetapi ia tidak berbuat ~; hendak seribu daya, benci seribu ~ prb membuat sesuatu dgn kemahuan sendiri lebih mudah dikerjakan drpd kebalikannya;membencanai ark menyukarkan, mengkhianati, menipu;membencanakan membuat (membawa) bencana; kebencanaan sesuatu yg mendatangkan bencana, kecelakaan: humanisme Barat yg mendatangkan ~ dlm kesenian dan ilmu pengetahuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ben.ca.na] | بنچان

Definisi : 1 sesuatu malapetaka atau kemalangan yg menimpa; kecelakaan: Dlm ~ itu, tiga orang pekerja telah mati ditimpa batu. ~ alam bencana atau kecelakaan yg berlaku, spt gempa bumi dan banjir. 2 kesusahan yg disebabkan oleh sesuatu; gangguan: Mudah-mudahan engkau terselamat drpd ~ hantu dan syaitan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bencana

Puisi
 

Mari masak dengan santan,
     Ikan duri panjang setual;
Belum tahu bencana intan,
     Mahal beli murah dijual.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Mati rusa kerana tanduknya.

Bermaksud :

Mendapat bencana kerana perbuatannya atau kerana sesuatu yang menjadi kemegahannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Mati kuang kerana bunyi).

 

Lihat selanjutnya...(21)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Bencana ilmu [Ulasan buku 'Bencana Ilmu' oleh Abu abdillah Muhammad Ruslan]Jaafar Abdul RahimDewan Budaya1 December 2006
Bencana alam [ Surat Pembaca ]Farhanah AdnanDewan Kosmik1 March 2007
Bencana ciptaan manusiaRejal ArbeeDewan Masyarakat1 March 2007
Bencana alam: perubahan cuaca atau angkara manusiaGhani AbuDewan Siswa1 February 2007
Bencana Angin SarsarAbu Zaki FadzilDewan Pelajar1 March 1975
Bencana Alam Akibat Kerakusan ManusiaMenaga RamanDewan Siswa1 April 2009
BencanaFahmi L.S.BAHANA1 December 2008
BencanaNur KasihBAHANA1 September 2008
Bencana ekonomi yang menggerunkan (Laporan khas keruntuhan Wall Street)Ibrahim MusingDewan Ekonomi1 November 2007
BencanaAriadinata, JoniHorison1 October 2006
12345

Kembali ke atas