Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ben.ca.na] | بنچان

Definisi : 1. (mara) bahaya, kecelakaan: melihat ~ yg menimpa lombong itu seram bulu tengkuk kami; ~ alam bencana kerana air bah (gempa, angin ribut, dll); 2. kesukaran, pengkhianatan, penipuan: banyak orang takut padanya, tetapi ia tidak berbuat ~; hendak seribu daya, benci seribu ~ prb membuat sesuatu dgn kemahuan sendiri lebih mudah dikerjakan drpd kebalikannya;membencanai ark menyukarkan, mengkhianati, menipu;membencanakan membuat (membawa) bencana; kebencanaan sesuatu yg mendatangkan bencana, kecelakaan: humanisme Barat yg mendatangkan ~ dlm kesenian dan ilmu pengetahuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ben.ca.na] | بنچان

Definisi : 1 sesuatu malapetaka atau kemalangan yg menimpa; kecelakaan: Dlm ~ itu, tiga orang pekerja telah mati ditimpa batu. ~ alam bencana atau kecelakaan yg berlaku, spt gempa bumi dan banjir. 2 kesusahan yg disebabkan oleh sesuatu; gangguan: Mudah-mudahan engkau terselamat drpd ~ hantu dan syaitan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bencana

Puisi
 

Mari masak dengan santan,
     Ikan duri panjang setual;
Belum tahu bencana intan,
     Mahal beli murah dijual.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Mati rusa kerana tanduknya.

Bermaksud :

Mendapat bencana kerana perbuatannya atau kerana sesuatu yang menjadi kemegahannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Mati kuang kerana bunyi).

 

Lihat selanjutnya...(21)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
disasterbencanabencanabencanaAntropologi
catastrophebencanabencanabencana/malapetakaKesusasteraan
anthropogenic hazardbencana antropogenikbencana antropogenikbencana antropogenikPerhutanan
national catasthropicbencana nasionalbencana seluruh negarabencana seluruh negaraSains Politik
catastrophic wavegelombang bencanaombak bencanaombak bencanaPerikanan
catastrophe theoryteori bencanateori bencanateori bencanaPerubatan
calamity situationsituasi bencanasituasi bencanasituasi bencanaKesusasteraan
disaster recovery planrencana perbaikan bencanarancangan pemulihan bencanarancangan pemulihan bencanaTeknologi Maklumat
act of godbencana alamTiadabencana alamUndang-undang
excepted perilbahaya terkecualiTiadabencana terkecualiUndang-undang
12

Kembali ke atas