Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ben.ca.na] | بنچان

Definisi : 1. (mara) bahaya, kecelakaan: melihat ~ yg menimpa lombong itu seram bulu tengkuk kami; ~ alam bencana kerana air bah (gempa, angin ribut, dll); 2. kesukaran, pengkhianatan, penipuan: banyak orang takut padanya, tetapi ia tidak berbuat ~; hendak seribu daya, benci seribu ~ prb membuat sesuatu dgn kemahuan sendiri lebih mudah dikerjakan drpd kebalikannya;membencanai ark menyukarkan, mengkhianati, menipu;membencanakan membuat (membawa) bencana; kebencanaan sesuatu yg mendatangkan bencana, kecelakaan: humanisme Barat yg mendatangkan ~ dlm kesenian dan ilmu pengetahuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ben.ca.na] | بنچان

Definisi : 1 sesuatu malapetaka atau kemalangan yg menimpa; kecelakaan: Dlm ~ itu, tiga orang pekerja telah mati ditimpa batu. ~ alam bencana atau kecelakaan yg berlaku, spt gempa bumi dan banjir. 2 kesusahan yg disebabkan oleh sesuatu; gangguan: Mudah-mudahan engkau terselamat drpd ~ hantu dan syaitan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bencana

Puisi
 

Mari masak dengan santan,
     Ikan duri panjang setual;
Belum tahu bencana intan,
     Mahal beli murah dijual.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Mati rusa kerana tanduknya.

Bermaksud :

Mendapat bencana kerana perbuatannya atau kerana sesuatu yang menjadi kemegahannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Mati kuang kerana bunyi).

 

Lihat selanjutnya...(21)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
disasterbencanaEkonomiEkonomi IslamKejadian buruk yang melanda secara tiba-tiba, tidak dijangka masa berlakunya dan di luar kawalan manusia. Terdapat bencana yang layak dilindungi dan tidak layak dilindungi dalam skim takaful. Jenis bencana yang layak dilindungi seperti kebakaran, kecurian, kematian dan keilatan kekal seluruh anggota badan akan ditakrifkan secara spesifik dalam kontrak. Bencana lain seperti bencana alam dan bencana yang disengajakan tidak layak dilindungi.
disaster counselingkaunseling bencanaPsikologiPsikologi UmumKaedah kaunseling yang mengkhusus kepada pengurusan bencana dan cara-cara berhadapan dengan trauma yang dihadapi akibat bencana. Contohnya, kaunselor memberi sokongan, semangat dan empati kepada klien untuk berhadapan dengan bencana tersebut.
act of Godbencana alamUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKejadian alam atau kesan semula jadi yang berlaku di luar kawalan manusia. Bencana alam seperti gempa bumi, letusan gunung berapi dan banjir akan menghalang sesuatu pihak daripada melaksanakan kewajipan mereka di sisi undang-undang antarabangsa. Bencana alam akan membebaskan pihak tersebut daripada sebarang liabiliti atau dipertanggungjawabkan atas perlanggaran kewajipan. Contohnya, dalam sesuatu kontrak atau perjanjian antarabangsa, terdapat klausa umum berkenaan bencana alam yang menyatakan bahawa sesuatu pihak itu akan dikecualikan daripada dipertanggungjawabkan apabila sesuatu bencana alam berlaku.
Islamic Solidary Fund (ISF)Tabung Solidariti Islam (ISF)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaOrganisasi subsidiari Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang menyediakan bantuan kecemasan kepada negara anggota yang ditimpa bencana alam atau bencana akibat perbuatan manusia. Organisasi ini juga menyalurkan bantuan kewangan kepada masyarakat Muslim di negara bukan Muslim bagi tujuan keagamaan, sosioekonomi dan kebudayaan. Sumber ISF ialah wakaf dan hartanah yang disumbangkan oleh negara anggota dan pertubuhan Muslim.
hazard estimationanggaran bencanaLandskapTiadaPerkiraan secara kasar yang dibuat dalam perancangan landskap bagi menganggar kesan sesuatu bencana terhadap persekitaran.
common disaster clausefasal bencana serentakPentadbiran PerniagaanTiadaFasal dalam polisi insurans hayat yang membolehkan insurer untuk membahagikan pendapatan daripada polisi tersebut jika bencana berlaku serentak.
mutual assistancetakafulEkonomiEkonomi IslamSistem perlindungan daripada kehilangan atau kerugian akibat ditimpa oleh bencana tertentu yang berasaskan syariah. Perlindungan takaful ini berdasarkan pakatan sekumpulan orang yang bersetuju untuk saling menjamin dan melindungi antara satu sama lain. Semua ahli dalam kumpulan tersebut akan menyumbangkan dana ke dalam satu tabung untuk membantu meringankan beban ahli yang mengalami bencana. Jenis bencana yang dilindungi dan jumlah bantuan yang dijamin adalah mengikut persetujuan yang telah ditetapkan bersama. Jenis takaful ialah takaful am dan takaful keluarga. Sistem ini berbeza dengan insurans konvensional kerana tidak mengandungi unsur yang dilarang dalam Islam seperti gharar, maisir dan riba. Sinonim insurans Islam.
disaster recovery planpelan pemulihan bencanaTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerRancangan yang dibuat untuk memastikan sistem teknologi maklumat suatu organisasi dapat dipulihkan dalam tempoh masa yang munasabah selepas bencana.
indirect damagekerosakan tidak langsunginsuransTiadaKerugian akibat daripada berlakunya bencana tetapi bukan disebabkan secara langsung atau serta-merta oleh bencana berkenaan. Kerosakan tidak langsung boleh dilindungi oleh insurans. Contoh: gangguan perniagaan kepentingan pajakan, sewa dan sebagainya.
DRP (disaster recovery plan)DRP (rancangan pemulihan bencana)Teknologi MaklumatTiadaTatacara yang memerihalkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh oganisasi untuk mengembalikan pengendalian komputer kepada asal jika berlaku bencana. Rancangan ini terdiri daripada empat komponen utama, iaitu rancangan kecemasan, rancangan sandaran, rancangan pemulihan dan rancangan ujian.
12345678910...

Kembali ke atas