Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bencana alam

Puisi
 

Mari masak dengan santan,
     Ikan duri panjang setual;
Belum tahu bencana intan,
     Mahal beli murah dijual.


Lihat selanjutnya...(12)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
membenamkan1. menenggelamkan, memasukkan ke dlm air dll: suatu bencana alam telah ~ sebuah bandar ke dlm perut bumi; 2. menyembunyikan, mendiamkan, tidak menampakkan: kerajaan menyeru supaya parti pembangkang ~ sentimen politik mereka; 3. ki memasukkan ke dlm jel;Kamus Dewan Edisi Keempat
dana1. kumpulan wang utk sesuatu tujuan atau kegunaan: ~ utk membantu mangsa bencana alam; 2. sl pemberian, sedekah, derma; 3. sl dermawan, pemurah (hati); ~ amanah harta yg dikendalikan oleh peme­gang amanah; ~ asing dana amanah yg kese­luruhan pelaburannya terdiri drpd syer syarikat asing; ~ bersama dana yg dikendalikan oleh sesebuah syarikat pelaburan bagi pihak peme­gang saham; ~ khas dana yg ditubuhkan utk tujuan tertentu, mis pelaburan dan bantuan; ~ pencen dana yg ditubuhkan oleh sesebuah organisasi kerajaan utk membayar pencen kpd pekerjanya; ~ tunai simpanan atau pela­buran yg mudah ditukarkan kpd bentuk tunai; ~ tunai runcit dana yg kecil utk mem­buat pelbagai pembayaran tunai yg kecil (spt mem­beli surat khabar, tambang teksi, dll); mendanai memberikan atau menyediakan dana utk atau kpd: kerajaan pusat telah ber­henti ~ projek yg melibatkan penggunaan tisu janin.Kamus Dewan Edisi Keempat
penawaranperihal menawar(kan): kedua-dua ~ dan penerimaan ini mestilah diucapkan dlm satu perjumpaan; sebarang bencana alam atau kegagalan tanaman akan menye-babkan ~ beras dunia semakin ber­kurangan;Kamus Dewan Edisi Keempat
penyebab1. orang (pihak dsb) yg menjadi sebab atau punca kpd sesuatu (kejadian, peristiwa, perbuatan, dll); 2. sesuatu (spt penyakit, bencana alam, dll) yg menjadi sebab kpd sesuatu: dia tidak menyangka tindakan-nya yg menurut hati itu menjadi ~ dirinya tersadai dlm kancah kehinaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
Palang Merahpertubuhan atau per­satuan sukarela antarabangsa (yg berlam­bangkan tanda campur berwarna merah) yg berkhidmat utk kemanusiaan (spt menolong mangsa peperangan, mangsa bencana alam dsb);Kamus Dewan Edisi Keempat
benammasuk ke dlm (air dll), tenggelam; berbenam, membenam 1. menenggelamkan diri, tenggelam: ia melompat ke dlm air dan membenam beberapa waktu; apakah yg membenam dlm air? 2. menghilangkan diri, bersembunyi: mahu rasanya dia ~ saja dlm biliknya dr pagi hingga ke petang utk membaca; membenamkan 1. menenggelamkan, memasukkan ke dlm air dll: suatu bencana alam telah ~ sebuah bandar ke dlm perut bumi; 2. menyembunyikan, mendiamkan, tidak menampakkan: kerajaan menyeru supaya parti pembangkang ~ sentimen politik mereka; 3. ki memasukkan ke dlm jel;terbenam 1. tenggelam, masuk: matahari ~ di ufuk barat; 2. terpendam: harta ~;benaman hasil membenam, membenamkan atau terbenam: pelabuhan bertaraf antarabangsa dulunya hanya berupaya menampung kapal dengan ~ 14.5 meter.pembenaman perihal (proses, perbuatan dsb) membenamkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
bencana1. (mara) bahaya, kecelakaan: melihat ~ yg menimpa lombong itu seram bulu tengkuk kami; ~ alam bencana kerana air bah (gempa, angin ribut, dll); 2. kesukaran, pengkhianatan, penipuan: banyak orang takut padanya, tetapi ia tidak berbuat ~; hendak seribu daya, benci seribu ~ prb membuat sesuatu dgn kemahuan sendiri lebih mudah dikerjakan drpd kebalikannya;membencanai ark menyukarkan, mengkhianati, menipu;membencanakan membuat (membawa) bencana; kebencanaan sesuatu yg mendatangkan bencana, kecelakaan: humanisme Barat yg mendatangkan ~ dlm kesenian dan ilmu pengetahuan.Kamus Dewan Edisi Keempat
alam I1. dunia, bumi: namanya termasyhur di seluruh ~; bencana ~ bencana yg berlaku di muka bumi (spt banjir, gempa, dll); 2. segala yg ada di langit dan di bumi (bumi, bintang-bintang, tenaga-tenaga yg ada, dll): Tuhan menjadikan ~ ini dlm masa enam hari; ilmu ~ a) pengetahuan mengenai keadaan alam dan benda-benda hidup (spt keadaan bumi, iklim, penduduk dan perusahaannya, dll), geografi; b) Id fizik; 3. lingkungan yg meliputi golongan atau kumpulan orang atau hidupan lain yg tertentu atau sejenis: ~ remaja; ~ kanak-kanak; ~ Minangkabau; ~ haiwan; 4. bidang atau lingkungan kegiatan (minat dll): ~ persuratan Melayu; ~ pembacaan kanak-kanak; ~ persuratkhabaran; 5. Id segala daya (kekuatan dsb) yg seakan-akan mengatur isi dunia: di negeri itu agaknya berlaku hukum ~, siapa yg kuat dialah yg berkuasa; ~ arwah tempat roh-roh; ~ baqa dunia yg kekal, akhirat;~ barzakh alam yg tidak ke­lihat­an (tempat orang mati hingga hari kia­mat); ~ fana dunia yg tidak kekal; ~ fikiran bidang atau lingkungan fikiran (cara berfikir); ~ nabatah = ~ tumbuh-tumbuhan segala macam tumbuh-tumbuhan; ~ samar alam barzakh; ~ semesta seluruh alam; lah sesak ~ tempat diam, tak berbumi tempat tegak prb berasa sangat malu sehingga tidak dapat me-nyem­bunyikan dirinya lagi; sealam mempunyai alam yg sama: Malaysia ~ dgn Indonesia; kealaman perihal alam, sifat atau keadaan alam: pengaruh manusia terhadap ~ negeri itu besar.Kamus Dewan Edisi Keempat
memungut1. mengambil atau mengutip sesuatu yg ada di bawah (kerana jatuh dll): semua barang lama, tempurung, botol, dll hendaklah dipungut, jangan dibiarkan bersepah-sepah; 2. memetik atau mengambil buah (bunga, hasil tanaman, dll): petani gembira ~ hasil tanaman mereka; kanak-kanak yg rajin ~ bunga; 3. ki mengambil manfaat (faedah, untung, dll): kita yg bersusah-payah, orang lain yg ~ hasilnya; 4. menarik atau mengutip (bia, cukai, derma, sewa, tol, dll): pertunjukan pentas kerana ~ derma bencana alam; kalau dapat bolehlah diberikan ubat-ubat itu tanpa ~ bayaran; hasil zakat yg dapat dipungut tahun ini sungguh memuaskan; 5. mengutip atau me­metik (karangan dll), mengambil atau memin­jam kata-kata (drpd bahasa lain): buku ini mengandungi beberapa cerita yg dipungut drpd beberapa hikayat yg terkenal; 6. = memungutkan ark mengambil akan anak, meng­ambil (laki-laki) utk dijadikan menantu, meng­ambil orang utk dijadikan pembantu rumah tangga: persatuan utk ~ anak-anak yg terbiar; akan kupungut anak cucunya; 7. = ~ suara mengundi dgn mengambil suara (anggota, rakyat, dll): cadangannya utk ~ suara seluruh ahli dewan diterima oleh ketua;Kamus Dewan Edisi Keempat
palang1. sesuatu (kayu, besi, dll) yg dipasang melintang (sbg pengunci, penggalang, paksi, dll); 2. tanda silang (spt tanda campur + atau tanda kali ×); ~ jalan a) batang besi dsb utk menghalang jalan (lalu lintas); b) pengadang jalan yg memotong atau menyeberangi landasan kereta api; P~ Merah pertubuhan atau per­satuan sukarela antarabangsa (yg berlam­bangkan tanda campur berwarna merah) yg berkhidmat utk kemanusiaan (spt menolong mangsa peperangan, mangsa bencana alam dsb); ~ pintu kayu yg dipasang melintang pintu (utk menguncinya); memalang mengenakan (memasang) palang; memalangi mengenakan (memasang) palang pd; memalangkan 1. menggunakan sesuatu sbg palang; 2. memasang (mengenakan dll) melintang spt palang; 3. menghukum mati pd kayu palang (salib), menyalibkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas