Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : segala benda yg bernafas atau yg dpt bergerak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hidup
1. Bersinonim dengan bernyawa
( bernafas, tumbuh, membesar, bercambah, bertunas, berputik, berpucuk, membiak, menjalar, berbuah, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan mati

2. Dalam konteks bunga
bersinonim dengan segar, betul,
(adjektif:)
Berantonim dengan palsu

3. Dalam konteks gunung berapi
bersinonim dengan cergas, giat, aktif,
(adjektif:)
Berantonim dengan mati

4. Bersinonim dengan tinggal
( diam, duduk, menetap, menginap, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : hidup-hidup, hidupan, menghidupkan, penghidupan,

Peribahasa

Harap hendak meraup,
     tidak boleh menggenggam.

Bermaksud :

Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah. (Peribahasa lain yang sama makna: Harap hendak melonjak, kopiah pesuk). meraup = mencedok dengan tangan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat ini betul? 1- Adakah tumbuh-tumbuhan sejenis benda hidup? ataupun 2- Adakah tumbuh-tumbuhan benda hidup?

Ayat yang betul ialah; Adakah tumbuh-tumbuhan tergolong dalam kumpulan benda hidup?

Tatabahasa25.03.2010
Yang mana satu lebih tepat: 1) "Jika bumi mendekati atau menjauhi matahari sebanyak sepuluh peratus, semua benda hidup di bumi 'akan menjadi sama ada'mati terlecuh atau beku" atau 2) "Jika bumi mendekati atau menjauhi matahari sebanyak sepuluh peratus, semua benda hidup di bumi 'sama ada akan menjadi' mati terlecuh atau beku"Yang lebih tepat ialah : Jika bumi mendekati atau menjauhi matahari sebanyak sepuluh peratus, semua benda hidup di bumi akan  sama ada mati terlecuh atau menjadi beku. Tatabahasa06.03.2008
apa pengertian baka, gen, jenitik, dan keturunanBaka ialah keluarga (yang menurunkan), atau asal keturunan. Gen ialah  sebahagian daripada juzuk sel pada benda hidup, yang mengawal ciri fizikal, pertumbuhan, dan perkembangan benda hidup yang berkenaan. Genetik (bukan jenitik) bermaksud;1. kajian tentang keturunan (baka), dan cara individu mewarisi sesuatu ciri (sifat), dan memindahkan ciri tersebut daripada satu generasi kepada generasi lain melalui gen; 2. berkenaan pembiakan, kelahiran, atau asal usul sesuatu.  Keturunan bermaksud anak cucu, baka, zuriat.Makna22.07.2009
Slm, Mohon semak ayat di bawah: -Jumlah serangga merangkumi 90% daripada benda hidup di bumi. TQAyat tersebut betul.Tatabahasa06.10.2016
NYATAKAN GOLONGAN KATA UNTUK 1. PEREMPUAN 2. KALANGAN 3. BENARKAH KATA 'IA' BOLEH DIGUNAKAN UNTUK SELAIN DARIPADA BENDA HIDUP?

1. Perempuan - kata nama

2. Kalangan - kata nama

3. 'Ia' merupakan kata ganti nama diri orang ketiga boleh digunakan untuk merujuk benda yang dibicarakan termasuklah orang, benda dan perkara. Oleh itu, 'ia' boleh digunakan untuk merujuk benda hidup atau bukan hidup.

Tatabahasa13.01.2011
boleh jelaskan penggunaan perkataan 'ia'? boleh digunakan sebagai kata ganti diri kepada manusia atau benda hidup?Kata ganti nama "ia" tergolong dalam kata ganti nama diri orang ketiga yang hanya boleh digunakan untuk orang, benda dan perkara.Tatabahasa20.12.2012
salam 1 malaysia... saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan "ia"... di sekolah ramai guru mengatakan ia hanya digunakan untuk benda hidup sahaja... adakah benar?atau ia boleh merujuk sesuatu.PRPM mengatakan boleh. saya ingi mengetahui hujahnya..Kamus Dewan mendefinisikan ia sebagai kata ganti diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Walau bagaimanapun untuk tujuan peperiksaan, kami mencadangkan saudara mengikut seperti mana yang diajarkan oleh guru di sekolah.Tatabahasa11.06.2012
Salam DBP, (A) Individu yang wajar dipertanggungjawab dan diberi hukuman ialah bapa yang membunuh anak perempuannya. (B) Individu yang wajar dipertanggungjawabkan dan diberikan hukuman ialah bapa yang membunuh anak perempuannya. Rakan saya berkata ayat (A) tepat kerana untuk benda hidup seperti manusia, kita elak gunakan imbuhan "kan". Contoh: cikgu memberi saya buku, dan bukan cikgu memberikan saya buku. Apakah pandangan DBP? Terima kasih.
Perkataan 'memberi' dan 'memberikan' merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan 'memberi' hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala 'memberikan' hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Contoh : Abang memberi adik sebatang pensil; Pengetua memberikan nasihat kepada semua  pelajar.
Tatabahasa18.06.2021
Saya musykil dengan penggunaan kata ganti diri 'ia'. Bilakah 'ia' boleh digunakan? Ada yang mengatakan 'ia' hanya boleh digunakan untuk benda hidup seperti binatang. Tetapi, ada juga pendapat mengatakan, ia TIDAK BOLEH digunakan sebagai ganti diri bagi binatang dan benda. Boleh tuan/puan yang bijaksana jelaskan?Ia ialah kata ganti nama diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan, tetapi kata ia tidak boleh merujuk kepada binatang.Tatabahasa27.09.2011
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Terdapat satu istilah yang sering diguna pakai dalam tulisan cereka sains inggeris iaitu "teleportation" atau "teleport" sebagai kependekan. Konsep "teleportation" adalah untuk memindah sesuatu, objek atau benda hidup, dari satu tempat ke tempat yang lain (merentasi ruang dan masa) dalam kadar segera, tidak sampai sesaat. Bolehkah saya menterjemahkan istilah tersebut kepada "ghaib muncul" kerana jika diperhatikan filem cereka sains, apabila menggunakan "teleportation machine", benda atau orang itu akan ghaib dari tempat asalnya dan muncul di lokasi pilihan? Jadi, saya rasa istilah - istilah seperti "teleportation machine", "ability to teleport" dan "teleported" boleh diterjemahkan sebagai "mesin ghaib muncul", "kebolehan untuk ghaib muncul" dan "dighaibmunculkan". Apakah pendapat pihak DBP? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut;

1. teleportation machine  - mesin teleportasi
2. ability to teleport - kebolehan/kemampuan/keupayaan teleportasi
3. teleported - diteleportasikan
Istilah18.07.2016
123456

Kembali ke atas