Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ben.da.lir] | بندالير

Definisi : (Fiz) 1. benda mengalir (spt cecair atau gas) yg berubah-ubah bentuknya menurut bentuk bekas yg mengandunginya; 2. cecair dlm badan haiwan atau tumbuh-tumbuhan: ~ tubuh; ~ brek bendalir yg digunakan dlm sistem brek hidraulik; ~ serebrospina (Ubat) bendalir jernih tidak berwarna yg terdapat dlm kawasan saraf tunjang dan otak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ben.da.lir] | بندالير

Definisi : ist sesuatu yg dpt mengalir (spt cecair atau gas) dan akan mengikut bentuk bekasnya. ~ brek bendalir yg digunakan dlm sistem brek hidraulik, iaitu brek yg menggunakan kuasa mekanikal yg terhasil drpd cecair yg bergerak dlm saluran atau paip yg diberi tekanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bendalir


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
fluidadj 1. able to flow, bendalir: oxygen, like other gases is a ~ substance, oksigen, spt gas-gas lain, ialah bahan bendalir; 2. (liable to change) boleh berubah; (can be changed) dapat diubah: the political situation is ~, situasi politik boleh berubah; our plans are ~, rancangan-rancangan kami dapat diubah; 3. (of movement) smooth-flowing, gemalai, lemah longlai, lemah gemalai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
serous fluidn bendalir serum.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
brake fluidn bendalir brek.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fluid ouncen auns bendalir.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fluidn air; (tech) bendalir: if you’ve got diarrhoea it’s important to drink lots of ~s, jika kena cirit-birit, penting meminum banyak air.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bleedvt 1. draw blood from, mengeluarkan darah: in the old days doctors bled their patients to cure them of certain ailments, pd masa dahulu tabib-tabib mengeluarkan darah pesakit utk merawat sesetengah penyakit; 2. draw (liquid, gas, etc) from, mengeluarkan [sst] dr; (brakes) mengeluarkan bendalir: to ~ a pipeline of excess air, mengeluarkan udara yg berlebihan dr paip; to ~ the brakes, mengeluarkan bendalir brek; 3. obtain money from, (by extortion) memeras [wang, sst] drpd; (by draining so’s resources) mengikis: the blackmailer bled him for $10,000, pemeras ugut itu memeras $10,000 daripadanya; her husband bled her of all her savings, suaminya mengikis wang simpanannya hingga habis; ~ so. white, /memeras, menghisap darah/ sso /habis-habisan, sampai kering/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
approximatevt 1. come close to, approach, a. (in quantity, number, etc) approp v + /lebih kurang, kira-kira/: rentals approximating M$18,000 per annum, sewaan yg berjumlah lebih kurang M$18,000 setahun; a cupful ~s eight fluid ounces, satu cawan berukuran lebih kurang lapan auns bendalir; b. (in quantity, character, etc), [various translations]: works of art that ~ perfection, karya seni yg hampir mencapai kesempurnaan; the painting ~s reality, lukisan itu seolah-olah hidup; 2. bring close to, menganggarkan: could you ~ the cost?, bolehkah kamu menganggarkan berapa kosnya?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas