Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ben.da.lir] | بندالير

Definisi : (Fiz) 1. benda mengalir (spt cecair atau gas) yg berubah-ubah bentuknya menurut bentuk bekas yg mengandunginya; 2. cecair dlm badan haiwan atau tumbuh-tumbuhan: ~ tubuh; ~ brek bendalir yg digunakan dlm sistem brek hidraulik; ~ serebrospina (Ubat) bendalir jernih tidak berwarna yg terdapat dlm kawasan saraf tunjang dan otak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ben.da.lir] | بندالير

Definisi : ist sesuatu yg dpt mengalir (spt cecair atau gas) dan akan mengikut bentuk bekasnya. ~ brek bendalir yg digunakan dlm sistem brek hidraulik, iaitu brek yg menggunakan kuasa mekanikal yg terhasil drpd cecair yg bergerak dlm saluran atau paip yg diberi tekanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bendalir


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
heat exchangerpenukar habaKimiaTiadaPeranti yang memindahkan haba dari suatu bendalir kepada yang lain tanpa membenarkan bendalir-bendalir tersebut bercampur.
rheotropic fluidbendalir reotropikKejuruteraanKejuruteraan KimiaBendalir yang meningkat kelikatannya dengan masa. Sifat bendalir ini berlawanan dengan sifat bendalir tiksotropik. Contoh bendalir ini ialah garam gipsum di dalam air dan larutan vanadium pentoksida bentonit.
thixotropic fluidbendalir tiksotropikKejuruteraanKejuruteraan KimiaBendalir yang menurun kelikatannya dengan masa. Contoh bendalir jenis ini ialah susu, mayones, gris, cat dan dakwat. Walau bagaimanapun, terdapat tindihan sifat bendalir ini dengan sifat bendalir yang lain. Contohnya, cat yang berkualiti tinggi seharusnya bersifat bendalir plastik Bingham supaya tidak mudah tanggal dan juga bersifat tiksotropik supaya mudah disapu dan tidak meninggalkan kesan berus.
inviscous fluidbendalir tak likatFizikMekanikBendalir yang tidak mempunyai kelikatan, dan kerana itu tidak mempunyai tegasan ricih dan mengalir tanpa pelesapan tenaga. bendalir unggul, bendalir sempurna.
fluidbendalirKejuruteraanKejuruteraan KimiaBahan yang tidak boleh menahan ubah bentuk secara berterusan. Percubaan untuk menukar bentuk jisim bendalir akan menyebabkan lapisan bendalir menggelongsor di atas satu sama lain hingga bentuk baru terbentuk. Semasa proses penukaran bentuk ini berlaku, terdapat tegasan ricih di dalam bendalir tersebut yang bergantung pada kelikatan dan kadar penggelongsoran lapisan bendalir (kadar tegasan). Tetapi apabila bentuk baru itu telah diperoleh, kesemua tegasan ricih akan pupus dan bendalir berada dalam keadaan keseimbangan. Secara fizikal, bendalir ialah nama am bagi wap, gas, cecair dan pepejal.
miscible displacementsesaran larut campurGeografiTiadaPengalihan satu bendalir oleh bendalir lain dalam aliran yang melalui medium berliang apabila kedua-dua bendalir itu tercampur sepenuhnya dalam semua nisbah.
microfluidmikrobendalirKejuruteraanKejuruteraan KimiaBendalir yang molekul individunya bebas bergerak, berlanggar, dan bercampur dengan molekul bendalir lain. Bendalir ini tidak mempunyai sifat pengasingan.
dilatant fluidbendalir dilatanKejuruteraanTiadaBendalir yang bersifat seperti bendalir pseudoplastik kecuali nilai tegasan ricihnya meningkat lebih daripada linear dengan kadar tegasan kerana apabila ampaian pekat diricih pada kadar tegasan yang rendah, cecair yang terkandung di dalam ampaian itu bertindak sebagai bahan pelincir. Sebaliknya pada kadar tegasan yang tinggi, ampaian mula mengembang yang menyebabkan tegasan ricih tidak bertukar dengan linearnya. Contoh bendalir jenis ini ialah campuran kanji, air, pasir halus basah, sabun, cat, dan bahan biologi.
pseudoplastic fluidbendalir pesudoplastikKejuruteraanKejuruteraan KimiaBendalir yang tegasan ricihnya meningkat kurang daripada linear dengan kadar tegasan yang tidak bergantung pada masa tegasan. Ricihan ke atas bendalir ini menghasilkan tegasan normal yang bertindak bersudut tepat dengan ricihan tersebut. Ini menyebabkan bendalir membengkak atau mengecut akibat penyusunan secara ansuran molekul bendalir berbanding dengan susunan yang rawak pada keadaan rehat. Bendalir ini bersifat Newtonan pada kadar tegasan yang rendah dan juga pada kadar tegasan optimum. Pada kadar tegasan optimum, kesemua molekul bendalir tersusun dengan rapi. Contoh bendalir ini ialah napalm, selulosa, asetat di dalam aseton, asfalt, pulpa, sol polimer dan getah, perekat, dan gris.
dilatant fluidbendalir mengembangKejuruteraanKejuruteraan KimiaBendalir yang bersifat seperti bendalir pseudo plastik kecuali nilai tegasan ricihnya meningkat lebih daripada linear dengan kadar tegasan kerana apabila ampaian pekat diricih pada kadar tegasan yang rendah, cecair yang terkandung di dalam ampaian itu bertindak sebagai bahan pelincir. Sebaliknya pada kadar tegasan yang tinggi, ampaian mula mengembang yang menyebabkan tegasan ricih tidak bertukar dengan linearnya. Contoh bendalir jenis ini ialah campuran kanji-air, pasir halus basah, sabun, cat, dan bahan biologi.
12345678910...

Kembali ke atas