Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[béng.kél] | بيڠکيل

Definisi : (béngkél) 1. tempat membaiki kereta dll: syarikat kerjasama kenderaan Melayu Melaka juga sudah mempunyai ~-~ tempat membaiki kereta; 2. kilang kecil (tempat tukang-tukang bekerja); 3. mesyuarat (perbincangan dsb) secara berkelompok utk mengkaji sesuatu atau bertukar-tukar pendapat (idea dsb) tentang sesuatu: ~ penulisan cerita kanak-kanak;berbengkel mengadakan, menghadiri atau menyertai bengkel (perbincangan berkelompok): mereka sering ~, berseminar dsb utk menyiapkan projek penulisan itu;membengkelkan membincangkan sesuatu dlm perbincangan berkelompok; perbengkelan urusan atau aktiviti berbengkel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[béng.kél] | بيڠکيل

Definisi : /béngkél/ 1 tempat membaiki kenderaan yg rosak dll. 2 kilang kecil tempat tukang-tukang bekerja. 3 tempat pertemuan seniman, pelukis, penulis dll: ~ penulis. 4 mesyuarat atau perbincangan utk bertukar-tukar pendapat dsb: ~ sejarah. berbengkel menyertai atau menghadiri bengkel (mesyuarat atau perbincangan): Mereka ~ selama tiga hari. membengkelkan membincangkan sesuatu (perkara, isu dsb) dlm bengkel: Masalah itu dibengkelkan utk mencari penyelesaiannya. perbengkelan hal atau urusan yg berkaitan dgn bengkel. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bengkel


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Terdapat kesalahan bahasa pada Laman Utama DBP iaitu: lain-lain bengkel sepatutnya bengkel-bengkel lain Harap dapat diperbaiki segera sebelum diaudit oleh khalayak pembaca. Terima kasih.Teguran puan kami ambil maklum dan menyalurkan kepada bahagian berkenaan untuk diambil tindakan segera.Tatabahasa16.07.2012
Perbezaan antara bengkel dan bengkel kerja. Contoh bengkel penulisan cerpen melayu. Bengkel kerja untuk aktiviti yang bagaimana.Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud bengkel ialah tempat membaiki kenderaan yang rosak dan lain-lain, kilang kecil tempat tukang-tukang bekerja, atau tempat pertemuan seniman, pelukis, penulis.  Makna08.03.2017
Salam sejahtera, "bengkel berbahas" atau "bengkel bahas"? Semoga soalan yang diajukan jelas dan mudah difahami untuk pihak Tuan. Terima kasih.Penggunaan yang tepat ialah Bengkel Bahas, sama seperti Bengkel Pidato.Tatabahasa24.08.2020
Saya berminat untuk menyertai bengkel penulisan anjuran DBP, tetapi malangnya bengkel ini tidak terdapat di Pulau Pinang. Bolehkah pihak DBP mengadakan bengkel penulisan di Pulau Pinang?Salam. Ada empat (4) unit di Pejabat DBP Wilayah Utara, iaitu Unit Bahasa (Puan Khairul Anum Mohd Ali), Unit Sastera (Puan Khairiyah Ghazali), Unit Penerbitan (Syahida Ahmad) dan Pusat Dokumentasi Melayu (Mohd Hafiz Salim). Semua unit tersebut ada menganjurkan bengkel-bengkel penulisan. Mohon berhubung dengan pegawai berkenaan untuk bengkel yang saudara ingin sertai. No. tel. : 04-5377241/2/3/4 Alamat: Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, No. 31, Lorong P.S.2, Bandar PERDA, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Lain-lain10.12.2008
1. Peserta bengkel diminta membawa bersama komputer riba dan data ke bengkel tersebut.Peserta bengkel diminta membawa komputer riba dan data ke bengkel tersebut.Tatabahasa12.06.2015
Mana satu ayat yang betul. 1. Peserta bengkel diminta membawa bersama komputer riba dan laporan ke bengkel tersebut. 2. Peserta bengkel diminta membawa bersama-sama komputer dan wayar penyambung ke bengkel tersebut.Ayat yang tepat ialah ayat kedua.Lain-lain12.06.2015
Bengkel Mempetri atau Bengkel Mempateri?Yang betul ialah bengkel mempateri.Tatabahasa07.03.2009
bengkel kemahiran hidup atau Bengkel Kemahiran Hidup bilik buku teks atau Bilik Buku TeksEjaan yang betul ialah Bengkel Kemahiran Hidup dan Bilik Buku Teks - kedua-duanya kata nama khas.Ejaan17.01.2011
Salam 1Bahasa, 1. Bengkel Perolehan Manuskrip ATAU Bengkel Pemerolehan Manuskrip? 2. Mereka bersorak gembira apabila ayam tambatan itu menjaringkan gol ATAU Mereka bersorak kegembiraan apabila ayam tambatan itu menjaringkan gol? Terima kasih.1. Bengkel Perolehan Manuskrip
2. Mereka bersorak gembira apabila ayam tambatan itu menjaringkan gol.
Tatabahasa05.03.2013
Bengkel NZ MotosportsSoalan tidak jelas, sila hubungi kami semula.Tatabahasa17.08.2011
12345678910...

Kembali ke atas