Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[béng.kél] | بيڠکيل

Definisi : (béngkél) 1. tempat membaiki kereta dll: syarikat kerjasama kenderaan Melayu Melaka juga sudah mempunyai ~-~ tempat membaiki kereta; 2. kilang kecil (tempat tukang-tukang bekerja); 3. mesyuarat (perbincangan dsb) secara berkelompok utk mengkaji sesuatu atau bertukar-tukar pendapat (idea dsb) tentang sesuatu: ~ penulisan cerita kanak-kanak;berbengkel mengadakan, menghadiri atau menyertai bengkel (perbincangan berkelompok): mereka sering ~, berseminar dsb utk menyiapkan projek penulisan itu;membengkelkan membincangkan sesuatu dlm perbincangan berkelompok; perbengkelan urusan atau aktiviti berbengkel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[béng.kél] | بيڠکيل

Definisi : /béngkél/ 1 tempat membaiki kenderaan yg rosak dll. 2 kilang kecil tempat tukang-tukang bekerja. 3 tempat pertemuan seniman, pelukis, penulis dll: ~ penulis. 4 mesyuarat atau perbincangan utk bertukar-tukar pendapat dsb: ~ sejarah. berbengkel menyertai atau menghadiri bengkel (mesyuarat atau perbincangan): Mereka ~ selama tiga hari. membengkelkan membincangkan sesuatu (perkara, isu dsb) dlm bengkel: Masalah itu dibengkelkan utk mencari penyelesaiannya. perbengkelan hal atau urusan yg berkaitan dgn bengkel. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bengkel


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
xylenezilenaKejuruteraan AutomotifEnjinPelarut yang mempunyai formula kimia C.H. Pelarut ini biasa digunakan untuk menyingkirkan gris dan cat pada kenderaan di bengkel servis atau bengkel cat.
farm workshopbengkel ladangKejuruteraanTiadaBengkel untuk kemudahan membaiki atau pemuliharaan jentera ladang.
visioning workshopbengkel wawasanPentadbiranTiadaBengkel yang diadakan dalam fasa perancangan konsep untuk membina visi bersama dengan pihak berkepentingan bagi menggambarkan hala tuju organisasi sebelum perancangan kaedah pelaksanaan.
workshopbengkelFizikTiadaTiada
workshopbengkelPentadbiranTiadaTiada
binderybengkel jilidKomunikasiTiadaTiada
workshopbengkelPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
binderybengkel jilidPerpustakaanTiadaTempat untuk menjilid atau menjilid semula buku.
workshopbengkelPerubatanTiadaTiada
workshopbengkelKejuruteraanTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas