Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.nih] | بنيه

Definisi : 1. biji daripada buah kecil (seperti padi dan lain-lain) yang akan ditanam, bibit: padi yang baik itu disimpan untuk dijadikan benih; 2. benda yang akan menjadi benda hidup (tumbuh): sperma atau benih jantan; benih cacar; 3. punca, sumber: pelajaran ialah benih kemajuan; 4. keturunan daripada: benih orang bangsawan; 5. sesuatu (perasaan, keadaan, dan lain-lain) yang baru mula wujud atau timbul dan mempunyai kemungkinan untuk berkembang dan sebagainya, bibit: benih kemesraan; benih yang baik tak memilih tanah = jika asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau prb orang yang berketurunan baik ke mana pun perginya akan baik juga jadinya; asal ditugal adalah benih prb tidak usah disusahkan, tidak akan ada orang yang menolong dlm mengerjakan pekerjaan yang baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.nih] | بنيه

Definisi : 1 biji atau buah yg kecil-kecil, spt padi, yg akan disemai atau ditanam: Dipilihnya buah padi yg bernas dan baik utk dijadikan ~. 2 kecambah drpd biji-biji yg akan ditanam: Apabila sudah berumur empat puluh hari, ~ itu pun dipindahkan ke sawah. 3 sesuatu yg akan tumbuh atau yg akan menjadi: Utk menjauhkan penyakit cacar, ~ cacar hendaklah disuntikkan ke tubuh kita. 4 turunan; baka: ~ lembu itu berasal dr Benggala. berbenih mempunyai benih. membenih ki mula wujud, timbul dsb sesuatu perasaan atau keadaan: Disebabkan selalu belajar bersama, rasa sayang ~ antara mereka. membenihkan menyebabkan timbul atau wujud sesuatu perasaan, hasil dsb: mewujudkan; menghasilkan: Tindakan tsb akan ~ rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan. Usaha gigih mereka kini ~ hasil. pembenihan perbuatan atau usaha menanam benih; penyemaian: ~ awan telah dijalankan utk menghasilkan hujan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benih

Puisi
 

Pokok kelapa berbuah lebat,
     Benih dari kampung paya;
Kalau kita mencari sahabat,
     Biarlah dapat orang yang setia.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Menarik rambut di dalam tepung.

Bermaksud :

Bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
percambahangerminationPerkembangan awal embrio biji benih menjadi anak benih, atau spora menjadi tumbuhan yang muda, dalam sekitaran yang sesuai, iaitu dengan adanya air, oksigen, dan suhu yang sesuai. Lihat RajahMenengah Atas
anak benihseedlingTumbuhan muda yang bercambah daripada biji benih. Lihat RajahSekolah Rendah
biji benihseedBiji yang ditanam atau disemai untuk menghasilkan pokok baru. Contohnya, biji benih jagung. Lihat RajahSekolah Rendah
biji benihseedStruktur tumbuhan yang mengandungi embrio, simpanan makanan dan kulit pelindung. Lihat RajahMenengah Rendah
radikelradicleBahagian pertama anak benih yang tumbuh semasa proses percambahan dan akan berkembang menjadi akar.Menengah Rendah
kotiledoncotyledonBahagian dalam biji benih tempat simpanan makanan untuk embrio.Menengah Rendah
tapak semaiannurseryTempat anak benih atau anak pokok ditanam sementara sebelum dipindahkan ke tempat lain. Lihat RajahSekolah Rendah
percambahangerminationProses perkembangan awal embrio biji benih menjadi tumbuhan dengan adanya air, oksigen dan suhu yang sesuai.Menengah Rendah
mekanisme letupanexplosive mechanismCara penyebaran biji benih. Buah yang matang akan meletup dan membolehkannya tersebar ke persekitaran. Contohnya, biji getah. Lihat RajahSekolah Rendah
endospermaendospermTisu yang terbentuk di dalam biji benih kebanyakan tumbuhan berbunga sewaktu persenyawaan. Endosperma melitupi dan membekalkan nutrien kepada embrio. Lihat RajahMenengah Rendah
12

Kembali ke atas