Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.nih] | بنيه

Definisi : 1. biji daripada buah kecil (seperti padi dan lain-lain) yang akan ditanam, bibit: padi yang baik itu disimpan untuk dijadikan benih; 2. benda yang akan menjadi benda hidup (tumbuh): sperma atau benih jantan; benih cacar; 3. punca, sumber: pelajaran ialah benih kemajuan; 4. keturunan daripada: benih orang bangsawan; 5. sesuatu (perasaan, keadaan, dan lain-lain) yang baru mula wujud atau timbul dan mempunyai kemungkinan untuk berkembang dan sebagainya, bibit: benih kemesraan; benih yang baik tak memilih tanah = jika asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau prb orang yang berketurunan baik ke mana pun perginya akan baik juga jadinya; asal ditugal adalah benih prb tidak usah disusahkan, tidak akan ada orang yang menolong dlm mengerjakan pekerjaan yang baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.nih] | بنيه

Definisi : 1 biji atau buah yg kecil-kecil, spt padi, yg akan disemai atau ditanam: Dipilihnya buah padi yg bernas dan baik utk dijadikan ~. 2 kecambah drpd biji-biji yg akan ditanam: Apabila sudah berumur empat puluh hari, ~ itu pun dipindahkan ke sawah. 3 sesuatu yg akan tumbuh atau yg akan menjadi: Utk menjauhkan penyakit cacar, ~ cacar hendaklah disuntikkan ke tubuh kita. 4 turunan; baka: ~ lembu itu berasal dr Benggala. berbenih mempunyai benih. membenih ki mula wujud, timbul dsb sesuatu perasaan atau keadaan: Disebabkan selalu belajar bersama, rasa sayang ~ antara mereka. membenihkan menyebabkan timbul atau wujud sesuatu perasaan, hasil dsb: mewujudkan; menghasilkan: Tindakan tsb akan ~ rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan. Usaha gigih mereka kini ~ hasil. pembenihan perbuatan atau usaha menanam benih; penyemaian: ~ awan telah dijalankan utk menghasilkan hujan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benih

Puisi
 

Pokok kelapa berbuah lebat,
     Benih dari kampung paya;
Kalau kita mencari sahabat,
     Biarlah dapat orang yang setia.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Menarik rambut di dalam tepung.

Bermaksud :

Bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak.Bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. (Peribahasa lain yang sama makna: Menarik rambut di dalam tepung).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menarik rambut di dalam tepung.Bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menabur benih di tanah yang subur.Berbuat baik kepada orang yang tahu berterima kasih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti benih baik di tanah subur.Berbuat baik kepada orang yang tahu membalasnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.Yang baik itu biar di mana pun tempatnya akan tetap baik juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Asal ditugal, adalah benih.Sesuatu usaha tentu ada hasilnya. tugal = melubangi tanah kebun dengan kayu akan tempat menanam benih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ular biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan pukah.Menyelesaikan sesuatu perkara (= menghukum, memperdamaikan) hendaklah dengan adil, sehingga kedua-dua belah pihak merasa puas hati. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menarik rambut di dalam tepung, b. Seperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak). (Bandingkan dengan: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Apa tampangnya, itulah tumbuhnya.Hasil sesuatu pekerjaan itu menurut ukuran usaha yang kita kerjakan. tampang = benih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas