Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.nih] | بنيه

Definisi : 1. biji daripada buah kecil (seperti padi dan lain-lain) yang akan ditanam, bibit: padi yang baik itu disimpan untuk dijadikan benih; 2. benda yang akan menjadi benda hidup (tumbuh): sperma atau benih jantan; benih cacar; 3. punca, sumber: pelajaran ialah benih kemajuan; 4. keturunan daripada: benih orang bangsawan; 5. sesuatu (perasaan, keadaan, dan lain-lain) yang baru mula wujud atau timbul dan mempunyai kemungkinan untuk berkembang dan sebagainya, bibit: benih kemesraan; benih yang baik tak memilih tanah = jika asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau prb orang yang berketurunan baik ke mana pun perginya akan baik juga jadinya; asal ditugal adalah benih prb tidak usah disusahkan, tidak akan ada orang yang menolong dlm mengerjakan pekerjaan yang baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.nih] | بنيه

Definisi : 1 biji atau buah yg kecil-kecil, spt padi, yg akan disemai atau ditanam: Dipilihnya buah padi yg bernas dan baik utk dijadikan ~. 2 kecambah drpd biji-biji yg akan ditanam: Apabila sudah berumur empat puluh hari, ~ itu pun dipindahkan ke sawah. 3 sesuatu yg akan tumbuh atau yg akan menjadi: Utk menjauhkan penyakit cacar, ~ cacar hendaklah disuntikkan ke tubuh kita. 4 turunan; baka: ~ lembu itu berasal dr Benggala. berbenih mempunyai benih. membenih ki mula wujud, timbul dsb sesuatu perasaan atau keadaan: Disebabkan selalu belajar bersama, rasa sayang ~ antara mereka. membenihkan menyebabkan timbul atau wujud sesuatu perasaan, hasil dsb: mewujudkan; menghasilkan: Tindakan tsb akan ~ rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan. Usaha gigih mereka kini ~ hasil. pembenihan perbuatan atau usaha menanam benih; penyemaian: ~ awan telah dijalankan utk menghasilkan hujan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benih

Puisi
 

Pokok kelapa berbuah lebat,
     Benih dari kampung paya;
Kalau kita mencari sahabat,
     Biarlah dapat orang yang setia.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Menarik rambut di dalam tepung.

Bermaksud :

Bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
broadcast sowingsemai taburGeologiTiadaPenyemaian benih-benih pokok melalui proses penaburan rambang.
certified seedBiji benih berdaftar/ biji benih diiktirafPertanianAgronomi

Biji benih sesuatu varieti yang dihasilkan mengikut piawai yang dikawal ketat untuk menjamin ketulenan varieti biji benih itu. Biji benih ini mesti memenuhi keperluan minimum dari segi kandungan biji benih lain, bahan lengai dan biji benih rumpai serta peratus percambahan. Semua biji benih perlu melalui pemeriksaan di ladang dan diproses oleh kilang yag diiktiraf serta sampel biji benih perlu diuji di makmal.Sinonim biji benih diiktiraf.

landscape nurserytapak semaian landskapSosiologiTiadaKawasan pembiakan benih-benih tanaman landskap seperti bunga atau pokok-pokok.
seed classificationpengelasan biji benihPertanianAgronomi

 Klasifikasi biji benih berasaskan ketulenan dan generasi. Baka yang dihasilkan oleh pembiak baka biji benih dipanggil biji benih pembiak baka. Apabila digandakan, biji benih generasi kedua dipanggil biji benih asas. Biji benih peringkat seterusnya dipanggil biji benih berdaftar, manakala yang diedarkan kepada pengguna dipanggil biji benih komersial. Contohnya, untuk tanaman padi, biji benih pembiak baka disimpan di bank gen MARDI, manakala biji benih berdaftar dan komersial dihasilkan oleh badan yang diiktiraf oleh kerajaan.

landscape nurserytapak semaian landskapPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKawasan pembiakan benih-benih tanaman landskap seperti bunga atau pokok-pokok.
seed transmissionpenyebaran biji benihPertanianAgronomi

 Jangkitan penyakit yang disebarkan melalui biji benih. Contohnya, biji benih yang mengandungi patogen akan menjangkiti biji benih lain. Jangkitan juga berlaku daripada biji benih yang bercambah kepada anak benih. Kebanyakan penyakit penyebaran biji benih disebabkan bakteria yang sukar dikawal melalui pemprosesan biji benih.

seed-bornebawaan benihBiologiPatologiPerihal penyebab penyakit yang ditularkan melalui atau oleh biji benih, anak benih atau bahan lain daripada tumbuhan yang digunakan sebagai benih. Contohnya ialah Fusarium spp. yang menyebabkan penyakit besar rabu.
seed-bornebawaan benihKimiaTiadaPerihal penyebab penyakit yang ditularkan melalui atau oleh biji benih, anak benih atau bahan lain daripada tumbuhan yang digunakan sebagai benih. Contohnya ialah Fusarium spp. yang menyebabkan penyakit besar rabu.
seed processingpemprosesan biji benihPertanianAgronomi

 Proses menghasilkan biji benih yang bersih dan boleh disimpan daripada biji benih yang baru dituai. Pemprosesan ini melibatkan pembuangan kulit dan pengeringan ke tahap kandungan kelembapan yang dikehendaki. Proses ini juga membersihkan biji benih daripada benda asing seperti benih rumpai, biji benih tanaman lain serta biji benih yang rosak. Untuk memasarkan biji benih yang telah diproses, pengendalian, penggredan dan pembungkusan perlu dilakukan.

seed dressingpenyalutan benihBiologiPatologiMenyelubungi benih dengan pestisid supaya benih tersebut terlindung/dijaga daripada serangan perosak apabila bercambah dan muncul ke permukaan tanah. bd. perawatan benih.
12345678910...

Kembali ke atas