Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bén.téng] | بينتيڠ

Definisi : (bénténg) 1. tembok (drpd batu, tanah, dll) utk mempertahankan kota dll drpd serangan musuh: ~ serupa itu dgn mudah dapat ditembusi musuh; 2. tempat yg diperkuat dgn tembok: Singapura merupakan ~ pertahanan Sekutu dlm Perang Dunia Kedua; 3. tembok atau binaan yg dipertinggi (drpd tanah dll) utk menahan air atau menyokong jalan atau landasan kereta api; 4. tempat yg bertembok di sekeliling tempat tinggal tentera, kubu: pd malam hari, tentera Belanda tidak dibenarkan keluar ~; 5. pertahanan terhadap ancaman, faktor (unsur) yg mempertahan atau melindungi sesuatu: Malaysia dianggap sbg ~ demokrasi di Asia Tenggara; 6. tir (nama sj buah catur); berbenteng mempunyai benteng;berbentengkan menggunakan sesuatu sbg benteng;membentengi memperkuat (menahan dll) dgn benteng, mempertahankan, melindungi: ketenangan adalah senjata yg ~ diri drpd menyerlahkan sifat-sifat buruk manusia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bén.téng] | بينتيڠ

Definisi : /bénténg/ 1 dinding drpd batu utk melindungi kota drpd serangan musuh: ~ besi sekalipun akan hancur oleh meriam sebesar itu. 2 tempat yg diperkuat dgn tembok batu; tempat yg dikelilingi tembok utk kediaman askar; kubu: Askar kompeni semuanya tinggal di dlm ~. 3 sesuatu yg digunakan utk menguatkan atau utk mempertahankan sesuatu yg lain; sesuatu yg digunakan sbg tempat bertahan: Malaysia biasanya dianggap sbg ~ demokrasi di Asia Tenggara. berbenteng ada bentengnya. berbentengkan ada sesuatu sbg benteng: Mereka ~ batang pisang. membenteng membuat benteng pd (di): Mereka ~ kawasan itu dgn dinding batu yg kukuh. membentengi 1 merupakan benteng pd: Tembok batu ~ kota itu. 2 ki melindungi. membentengkan menggunakan sesuatu sbg benteng: Orang-orang kampung ~ batang pisang sbg perlindungan. pembentengan perihal, perbuatan dsb membenteng, membentengi atau membentengkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benteng


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bentengMakna benteng ialah tembok. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna22.11.2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah subjek dan predikat bagi ayat berikut: "Antara usaha yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan untuk membendung masalah banjir adalah membina benteng sepanjang sungai utama." Terima kasih.Antara usaha yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan (subjek) untuk membendung masalah banjir adalah membina benteng sepanjang sungai utama (predikat).Tatabahasa24.03.2015
maksud perkataan 'daik'

Daik bermaksud benteng atau tembok, biasanya dibuat drpd tanah utk membendung air.

Makna10.09.2008
Ayat yang diberikan oleh orang lain.Apakah cara membetulkan kesalahan bahasa.Bolehkah saya tahu akan kesalahan bahasa dalam ayat yang di bawah? Selanjutnya,kita tidak boleh menyusahkan orang lain apabila kita mengalami sesuatu kejadian dalam kehidupan seharian.Impaknya,hubungan jiran tetangga akan menjadi salah satu benteng yang menebal untuk menuju ke arah kebaikan dari segi ekonomi negara.Kita dapat meningkatkan taraf kehidupan diri sendiri yang lebih baik.Melihat kepada senario masyarakat kontemporari,mereka akan memodifikasi perangai yang negatif untuk mewujudkan hidup yang aman dan sejahtera.Maka,tidak dapat disangkal bahawa punca-punca lunturnya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat ialah mereka kekurangan saling bekerjasama menjalankan tugasan yang diberikan.Menyoroti skop perbincangan yang seterusnya,negara tidak memainkan peranan yang signifikan untuk memajukan dan mewujudkan kemakmuran di negara kita.Kemakmuran didefinisikan perihal makmur antara negara kita dengan negara lain.Hal ini dikatakan demikian kerana negara kita sering bergantung diri untuk menangani kemelut yang didatangkan dari segi perniagaan.Negara lain dengan negara kita tidak bekerjasama untuk menjalankan perniagaan yang besar untuk membina hubungan kejiranan.Jadilah,tingkah laku dan tindakan kerajaan akan diteladani oleh rakyat jelata dan penduduk-penduduk.Kerajaan hanya menjaga nama dan imej diri sendiri untuk meningkatkan impak yang baik kepada penduduk-penduduk.

Di samping itu, kita tidak boleh menyusahkan orang lain apabila kita mengalami sesuatu kejadian dalam kehidupan seharian. Impaknya, hubungan jiran tetangga akan renggang.

Melihat kepada situasi masyarakat kontemporari, mereka mengubah perangai yang negatif untuk mewujudkan hidup yang aman dan sejahtera.

Maka, tidak dapat disangkal bahawa punca-punca lunturnya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat ialah kurangnya kerjasama dalam melaksanakan kehidupan seharian.

 

(Kemakmuran didefinisikan perihal makmur antara negara kita dengan negara lain. Hal ini dikatakan demikian kerana negara kita sering bergantung diri untuk menangani kemelut yang didatangkan dari segi perniagaan. Negara lain dengan negara kita tidak bekerjasama untuk menjalankan perniagaan yang besar untuk membina hubungan kejiranan. Jadilah, tingkah laku dan tindakan kerajaan akan diteladani oleh rakyat jelata dan penduduk-penduduk. Kerajaan hanya menjaga nama dan imej diri sendiri untuk meningkatkan impak yang baik kepada penduduk-penduduk.) - Ayat ini perlu dibaiki dari segi fakta. Mohon betulkan tatabahasa dan makna) 



Mohon puan banyak membaca surat khabar berbahasa Melayu untuk memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu. Puan bolehlah merujuk prpm.dbp.gov.my untuk carian makna. Pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak tatabahasa bagi tugasan karangan.

Harap maklum.  
Tatabahasa08.07.2021
1. Apakah penggunan yang betul untuk "sebagai contoh" atau "sebagai contohnya" di permulaan ayat? Sebagai contohnya, kawasan dalam jarak sepuluh meter dari tebing sungai dijadikan kawasan rizab. 2. Ayat yang sesuai untuk penggunaan "contoh" dan "contohnya". 3. Adakah senarai sesuatu perkara perlu dimulakan dengan huruf besar dan diakhiri dengan noktah. Contoh: Langkah-langkah untuk mengatasi hakisan cerun bukit adalah seperti yang berikut: (a) Menanam tanaman litup bumi. (b) Membina benteng daripada simen. (c) Membina sistem saliran. Sekian. Terima kasih.1. Penggunaan frasa "sebagai contoh" lebih tepat kerana "nya" ialah kata ganti nama dan tidak perlu hadir dalam frasa tersebut. Dan begitu juga dalam perkataan contoh, tidak perlu contohnya. 
3. Langkah-langkah untuk mengatasi hakisan cerun bukit adalah seperti yang berikut: (a) Menanam tanaman litup bumi. (b) Membina benteng daripada simen. (c) Membina sistem saliran. Penggunaan tanda baca dalam ayat contoh yang diberikan, betul.
Tatabahasa19.11.2012
Salam, apakah istilah bahasa melayu untuk beaver jika otter ialah memerang? terima kasih.Dalam pangkalan data Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP, perkataan otter memang merujuk memerang manakala perkataan beaver dengan istilah sumbernya iaitu Castor Canadensis bermaksud Roden semiakuatik genus Castor bertubuh besar yang berselaput di antara jari kaki belakang dan ekor leper yang lebar untuk membina benteng dan sarang dalam air.Lain-lain02.08.2017
Apakah maksud diksi? Apakah maksud mengempang ?Diksi ialah pemilihan atau penggunaan kata yang tepat untuk menmgungkapkan idea secara bertulis atau lisan. Ciri-ciri penulisan yang baik ialah mempunyai wacana yang jelas, tepat, betul, lengkap, koheran, kohesi; juga mengggunakan bahasa yang betul dari segi tatabahasa, ejaan, istilah, tanda baca, laras bahasa yang sesuai, dll; pemerengganan yang baik. Makna mengempang menurut Kamus Dewan; menggalangkan atau melintangkan sesuatu (misalnya dgn mendirikan tembok, benteng dsb) utk menahan aliran air sungai dsb, membendung (dgn membina empangan), menebat:Makna02.03.2009

Kembali ke atas