Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bén.téng] | بينتيڠ

Definisi : (bénténg) 1. tembok (drpd batu, tanah, dll) utk mempertahankan kota dll drpd serangan musuh: ~ serupa itu dgn mudah dapat ditembusi musuh; 2. tempat yg diperkuat dgn tembok: Singapura merupakan ~ pertahanan Sekutu dlm Perang Dunia Kedua; 3. tembok atau binaan yg dipertinggi (drpd tanah dll) utk menahan air atau menyokong jalan atau landasan kereta api; 4. tempat yg bertembok di sekeliling tempat tinggal tentera, kubu: pd malam hari, tentera Belanda tidak dibenarkan keluar ~; 5. pertahanan terhadap ancaman, faktor (unsur) yg mempertahan atau melindungi sesuatu: Malaysia dianggap sbg ~ demokrasi di Asia Tenggara; 6. tir (nama sj buah catur); berbenteng mempunyai benteng;berbentengkan menggunakan sesuatu sbg benteng;membentengi memperkuat (menahan dll) dgn benteng, mempertahankan, melindungi: ketenangan adalah senjata yg ~ diri drpd menyerlahkan sifat-sifat buruk manusia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bén.téng] | بينتيڠ

Definisi : /bénténg/ 1 dinding drpd batu utk melindungi kota drpd serangan musuh: ~ besi sekalipun akan hancur oleh meriam sebesar itu. 2 tempat yg diperkuat dgn tembok batu; tempat yg dikelilingi tembok utk kediaman askar; kubu: Askar kompeni semuanya tinggal di dlm ~. 3 sesuatu yg digunakan utk menguatkan atau utk mempertahankan sesuatu yg lain; sesuatu yg digunakan sbg tempat bertahan: Malaysia biasanya dianggap sbg ~ demokrasi di Asia Tenggara. berbenteng ada bentengnya. berbentengkan ada sesuatu sbg benteng: Mereka ~ batang pisang. membenteng membuat benteng pd (di): Mereka ~ kawasan itu dgn dinding batu yg kukuh. membentengi 1 merupakan benteng pd: Tembok batu ~ kota itu. 2 ki melindungi. membentengkan menggunakan sesuatu sbg benteng: Orang-orang kampung ~ batang pisang sbg perlindungan. pembentengan perihal, perbuatan dsb membenteng, membentengi atau membentengkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benteng


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bundban; tangkis; permatang; bentengGeografiTiadaBenteng: Benteng batuan yang digunakan untuk mengawal aliran air sungai atau kawasan pengairan.
bulwarkbirai; baluarti; bentengSejarahTiada2. Benteng: Tembok atau benteng daripada tanah dan lain-lain yang dibina sebagai kubu pertahanan.
reinforced earth embankmentbenteng tanah bertetulangKejuruteraan AutomotifTiadaBenteng tanah yang terdapat di bawah jalan raya yang disokong oleh tetulang, keluli, geotekstil, geogrid dan sebagainya untuk mengukuhkan benteng tersebut.
sand anchorpasir tambatKejuruteraan AutomotifTiadaPasir yang digunakan dalam pembinaan benteng untuk menambat benteng tersebut daripada runtuh.
BastilleBastilleSains PolitikHubungan AntarabangsaBenteng yang dibina oleh Hugh Aubriot, berhampiran gerbang Saint-Antoine pada tahun 1369. Benteng ini dibina sebagai pertahanan kota Paris daripada serangan pihak Inggeris semasa pemerintahan Charles V dan Charles VI. Benteng ini kemudiannya diubah suai dan dijadikan sebagai penjara. Penjara ini terkenal sebagai tempat tahanan musuh politik pemerintahan beraja Perancis. Penjara Bastille menjadi simbol kepada kemutlakan kuasa raja. Pada 14 Julai 1789, benteng tersebut telah diserbu dan dimusnahkan oleh penduduk Paris. Kejatuhan Bastille ini menandakan bermulanya Revolusi Perancis. Sehingga kini, tarikh 14 Julai dijadikan Hari Kebangsaan Perancis.
embankmentbenteng; tambakGeografiTiadaBenteng yang dibina di sepanjang tebing sungai bagi tujuan mengawal limpahan tebing.
noise barriersbenteng hingarKejuruteraanTiadaBenteng binaan yang merangkumi dinding dan/atau tembok tanah, bangunan bukit dan ciri-ciri rupa bumi tertentu untuk mengurangkan hingar.
groinbenteng hakisanSains MarinTiadaStruktur binaan kukuh seperti jeti yang panjang, sempit dan rendah yang dibuat daripada kayu balak, batu, konkrit atau keluli. Benteng dibina dari pantai dan menghala ke laut bagi mengelakkan hakisan pada pantai dengan cara memerangkap serta mengumpul pasir untuk menstabilkan pantai. Sekiranya dibina dengan banyak, struktur ini disebut dataran benteng hakisan yang berfungsi untuk menstabilkan kawasan pantai yang lebih luas.
embankment constructionpembinaan bentengKejuruteraan AutomotifTiadaProses membina benteng atau tembok di jalan raya atau di jambatan.
embankment foundationasas bentengKejuruteraan AutomotifTiadaTapak tempat untuk membina benteng.
123456789

Kembali ke atas