penyebut | denominator | Nombor yang berada di bahagian bawah garis dalam sesuatu pecahan. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
pengangka | numerator | Nombor yang berada di bahagian atas garis dalam sesuatu pecahan. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
bankrap | bankrupt | Keadaan seseorang yang berada dalam kerugian dan tidak mampu menyelesaikan hutang. Bankrap dikenali juga sebagai muflis. | Sekolah Rendah |
median | median | Nilai atau nombor yang berada di tengah-tengah sesuatu set data. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
garis selari | parallel lines | Garis lurus yang berada pada satah yang sama dan tidak bersilang antara satu sama lain. Jarak serenjang antara garis-garis selari sentiasa sama. Lihat rajah | Menengah Atas |
piramid tegak | right pyramid | Piramid yang bucunya berada tepat di atas pusat tapak piramid tersebut. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
pantulan | reflection | Penjelmaan yang membalikkan titik-titik pada satu satah terhadap satu garis yang dikenali sebagai paksi pantulan. Ciri-ciri pantulan ialah (i) objek dan imej berada pada sebelah yang bertentangan dengan paksi pantulan. (ii) objek dan imejnya mempunyai jarak serenjang yang sama dari paksi pantulan. (iii) bentuk dan saiz imej adalah sama dengan objek, tetapi orientasinya terbalik. (iv) imej bagi suatu titik yang ada pada paksi pantulan ialah titik itu sendiri. Lihat rajah | Menengah Atas |
garis lurus penyuaian terbaik | line of best fit | Garis lurus terbaik yang dilukis merentasi serakan plot untuk menentukan hubungan antara dua pemboleh ubah. Garis lurus ini melalui seberapa banyak titik yang mungkin dan titik-titik yang tidak berada pada garis, bilangannya adalah seimbang di kedua-dua belah garis. Lihat rajah | Menengah Atas |
kesudahan yang mungkin | possible outcome | Hasil tertentu yang diperoleh apabila melakukan sesuatu uji kaji atau apabila sesuatu peristiwa berlaku. Contohnya, dalam uji kaji melambung sekeping duit syiling adil, kesudahan yang mungkin sama ada permukaan 'angka' atau permukaan 'gambar' syiling berada di sebelah atas. | Menengah Atas |