Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.da]/[ber.a.da] | براد

Definisi : 1. ada (di), ada atau terdapat di sesuatu tempat atau dlm sesuatu keadaan: hidupmu sedang ~ di tepi jurang kebinasaan; sewaktu kejadian itu berlaku, dia ~ di Singapura; 2. berharta, kaya: keluarganya boleh dikatakan ~ juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.da]/[ber.a.da] | براد

Definisi : 1 hadir atau ada (di): Ketika peristiwa itu berlaku, saya ~ di Kota Bharu. 2 berharta; kaya: Drpd lagak dan pakaiannya, dia pasti anak orang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berada

Puisi
 

Sesudah malam bulan cerah,
     Bintang jua tumpang berada;
Jangan adik duk ambil susah,
     Abang ada di depan mata.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Laksana lemping terbuang.

Bermaksud :

Bagi orang yang berada benda-benda yang sedikit itu tidaklah berguna tetapi bagi orang yang miskin sangatlah besar ertinya. lemping = sejenis kuih.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
specific probability distribution functionfungsi agihan kebarangkalian spesifikKejuruteraanKejuruteraan KimiaFungsi agihan kebarangkalian sesuatu zarah yang berada pada kedudukan tertentu yang telah ditetapkan. Misalnya, zarah pertama seharusnya berada pada kedudukan x, dan zarah kedua berada pada kedudukan y, dan seterusnya. Fungsi agihan ini tidak bermakna bagi sistem yang terdiri daripada N bilangan zarah yang tidak boleh dibezakan antara satu sama lain.
stratospherestratosferaAeroangkasaTiadaKawasan atmosfera yang berada di antara tropopaus dengan stratopaus.,Kawasan atmosfera yang berada di antara tropopaus dengan stratopaus.
moon illusionilusi bulanPsikologiPsikologi UmumIlusi yang membuatkan individu melihat bulan yang berada di ufuk lebih besar daripada di tengah langit. Ketika bulan berada di tengah langit. Contohnya, dua biji belon yang sama saiznya diletakkan pada jarak berbeza. Belon yang jauh terpaksa dibesarkan sehingga imejnya sama saiz dengan belon yang dekat. Individu menyedari bahawa kedua-duanya sama saiz apabila berdekatan. Hal ini bermakna tanda saran kedalaman telah membuatkan saiz bulan yang sama kelihatan berbeza keranaufuk, objek-objek seperti bangunan, pokok, gunung-ganang yang jelas pada kedudukan dekat dan berbalam-balam pada kedudukan jauh akan menjadikan bulan lebih jauh daripada ketika berada di tengah langit. Oleh itu, bulan yang sama saiz tanpa mengira jaraknya, akan dipersepsikan lebih besar semasa di ufuk daripada di bulan di ufuk seharusnya dilihat sama saiznya. Oleh sebab itu, bulan seharusnya kelihatan lebih kecil.
normalnormalTeknikElektrikBerkaitan dengan litar atau peranti yang berada pada keadaan sebelum beroperasi, atau peranti yang berada pada kedudukan biasa.
concentric shaftaci sepusatKejuruteraan Kapal TerbangTiadaSepasang aci yang berada pada satu paksi sepunya, salah satu aci berada di dalam yang satu lagi.
seismic basementbatuan dasar seismikKimiaTiadaBatuan alas yang tertakrif daripada data seismik yang berada paling bawah jujukan batuan sedimen. Bahan kerak bumi yang berada di bawah dari batuan ini (kalau pun ada) tidak lagi dipentingkan dalam kajian yang sedang dalam perhatian.
inertial framekerangka inersiaMatematikTiadaKerangka rujukan yang menyatakan bahawa suatu zarah terpencil yang berada dalam keadaan rehat akan kekal dalam keadaan rehat, manakala yang berada dalam keadaan gerakan sekata akan mengekalkan halaju tetapnya.
genusgenusHerbaBotani dan BioteknologiKumpulan tumbuhan yang mempunyai perkaitan yang rapat. Mengikut pengelasan taksonomi, genus berada di kedudukan lebih atas dari spesies dan berada di kedudukan bawah famili sesuatu tumbuhan. Genus merupakan perkataan pertama bagi nama spesies dalam sistem nama saintifik organisma. Contohnya, Carica ialah nama genus bagi spesies Carica papaya (betik) dalam famili Caricaceae. Perkataan ini ditulis secara italik dan huruf pertama menggunakan huruf besar.
bookstallgerai bukuPerpustakaanTiadaRuang kecil, sama ada sementara atau kekal, untuk menjual buku, yang biasanya hanya membenarkan pembeli berada di bahagian luar, sementara penjual berada di bahagian dalam.
row plotpetak berbarisPertanianAgronomi

 Unit kawasan yang dibahagikan sama ada mengikut ukuran yang tertentu, berada di dalam barisan atau susunan. Contohnya, petak padi di kawasan pengairan berada dalam baris, mengikut saliran dan perparitan.

12345678910...

Kembali ke atas