Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.khir]/[ber.a.khir] | براخير

Definisi : 1. habis, selesai, tamat, habis tem­poh­nya: mesyuarat telah ~; 2. = ~ dgn = berakhirkan berkesudahan dgn: pesta itu ~ dgn perkelahian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.khir]/[ber.a.khir] | براخير

Definisi : sampai ke akhirnya; selesai; habis: Cuti sekolah telah ~ pd pertengahan bulan April. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berakhir


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
transition elementunsur peralihanKimiaTiadaSekumpulan unsur logam yang mempunyai struktur elektron dalaman yang separa lengkap. Terdapat tiga siri unsur peralihan, iaitu siri yang pertama bermula dengan skandium dan berakhir dengan zink, siri yang kedua bermula dengan itrium dan berakhir dengan kadmium, dan siri yang ketiga bermula dengan lantanum dan berakhir dengan merkuri. Unsur peralihan mempunyai banyak nombor pengoksidaan, kebanyakan sebatiannya mempunyai warna dan kebanyakannya membentuk kompleks. Sin. logam peralihan
efferent nervesaraf eferenPerubatanTiadaSaraf yang membawa impuls dari sistem saraf pusat ke struktur sasaran. Saraf eferen yang berakhir pada otot rangka disebut saraf eferen soma, manakala yang berakhir pada otot polos, otot kardium dan sel kelenjar disebut saraf autonomi.
musharakah muntahiyah bi tamlikperkongsian berakhir pemilikanPerniagaan IslamTiadaPemunyaan bersama apabila salah satu pihak bersetuju melucutkan hak perkongsiannya kepada rakan kongsi melalui penjualan milik, sama ada secara sekali gus atau secara ansuran mengikut syarat yang dipersetujui. Contohnya, pembiayaan awal perumahan oleh institusi kewangan sebanyak 90 peratus dan pelanggan sebanyak 10 peratus, berakhir dengan pemilikan 100 peratus oleh pelanggan mengikut syarat yang dipersetujui. Sinonim musharakah mutanaqisah.
terminatingberakhirFizikTiadaTiada
terminatingberakhirKimiaTiadaTiada
terminating decimalperpuluhan berakhirMatematikTiadaTiada
musharakah mutanaqisahsyarikat berakhir pemilikanPerniagaan IslamTiadaLihat musharakah muntahiyah bi tamlik.
terminating decimalperpuluhan berakhirMatematikTiadaNombor perpuluhan yang bilangan digit di sebelah kanan titik perpuluhan adalah terhingga. Contoh: 0.123 dan 231.7023.
mudarabah muntahiyah bi tamlikperkongsian mudarabah berakhir pemilikanPerniagaan IslamTiadaPemilikan bersama antara pemodal dengan pengusaha dan salah satu pihak bersetuju mengurangkan pemilikan sehingga dimiliki sepenuhnya oleh pihak lain. Contohnya, perniagaan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan dan akhirnya peniaga memiliki sepenuhnya perniagaan tersebut berserta syarat yang telah dipersetujui.
ahliyyah wujubkelayakan terima hak dan tanggunganPerniagaan IslamTiadaKelayakan yang bermula dari peringkat janin tanpa mengira keadaan fizikal dan mental untuk menerima harta dan tanggungan. Kelayakan ini kekal selagi hidup dan berakhir dengan kematian. Namun, individu yang meninggal dunia masih menanggung hutang dan berakhir apabila hutang tersebut dijelaskan oleh ahli warisnya atau pihak yang bersetuju menanggung hutang. Ahliyyah wujub terbahagi kepada dua, iaitu ahliyyah wujub kamilah dan ahliyyah wujub naqisah.
12345678910...

Kembali ke atas