Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.al.ko.hol] | برالکوهول

Definisi : mengandungi alkohol: jangan minum minuman ~ atau bergas; elakkan merawat luka dan calar dgn larutan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beralkohol


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MINUMAN BERALKOHOL

Minuman beralkohol ialah minuman yang

mengandungi alkohol etil. Minuman beralkohol

dihasilkan terutamanya daripada bijirin seperti

barli, jagung dan sekoi, ataupun diperoleh

daripada buah anggur atau buah-buahan yang lain.

UMUM 
SIDER

Sider ialah minuman beralkohol yang dibuat

daripada jus epal. Di Amerika Syarikat ia dikenali

sebagai sider keras. Kebanyakan sider mengandungi

5 peratus hingga 7 peratus alkohol. Sider dihasilkan

dengan mengisar epal dan memerah jusnya dengan

penekan mekanikal. Jus ini kemudiannya dibiarkan

menapai . Dalam proses ini, jus disimpan sehingga

yis menukarkan gula dalam jus menjadi alkohol.

Sider boleh dibuat cuka sider dengan membiarkan

bakteria menukarkan alkohol menjadi asid asetik.

Asid ini menjadikan cuka berasa masam. Lihat Cuka.

UMUM 
KORDIAL

Kordial lihat Minuman beralkohol (Liqueur).

UMUM 
ELIKSIR

Eliksir ialah satu bahan beralkohol manis yang

digunakan untuk menghilangkan rasa ubat-ubatan.

UMUM 
MINUMAN RINGAN

Minuman ringan ialah minuman tanpa alkohol,

berperisa, yang disediakan dengan air bergas.

Minuman ini dinamakan ringan untuk

membezakannya daripada minuman keras

(beralkohol). Minuman ringan juga dinamakan

sebagai pop soda, soda, atau pop. Kola adalah

minuman ringan yang paling banyak digunakan.

Perisa lain termasuk lemon, limau nipis, oren,

anggur, dan air halia. Minuman ringan popular di

banyak negara di dunia.

UMUM 
SANTO DOMINGO

Santo Domingo (pend. 1 313 172) ialah ibu

negara dan bandar terbesar di Republik Dominica.

Ia terletak di muara Sungai Ozama di selatan

pinggir laut. Untuk lokasi, lihat Republik Dominica

(peta). Bandar ini merupakan pelabuhan laut dan

lapangan terbang yang penting. Kilang-kilangnya

menghasilkan keluaran gula, tekstil dan minuman

beralkohol. Hotel tempat peranginan dan pantainya

menjadikan Santo Domingo popular kepada

pelancong.

UMUM 
RUMRum lihat Minuman beralkohol.UMUMUmum

Kembali ke atas