Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.rang.kat]/[ber.ang.kat] | براڠکت

Definisi : 1. mula meninggalkan sesuatu tempat utk pergi ke tempat lain, bertolak: rombongan itu akan ~ ke Pulau Pinang; 2. mulai menjadi (besar, dewasa, dll): anak itu sudah ~ dewasa; orang yg ~ hamil sering didatangi perasaan yg aneh-aneh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.rang.kat]/[ber.ang.kat] | براڠکت

Definisi : mula berjalan; bertolak: Bakal-bakal haji telah ~ ke Mekah dr Lapangan Terbang Subang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berangkat

Puisi
 

Air pasang berangkat ke hulu,
     Datanglah ubi hanyut melintang;
Kalau kukenang masa yang lalu,
     Makan kelubi serasa pinang.


Lihat selanjutnya...(6)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tambuloi, *tambului* Bs, Kd, Mr, Tbtetamu.Sewaktu dia akan berangkat ke rumah pengantin lelaki. Tidak diingatnya berapa ramai gadis dari pihak tambuloi yang ditugaskan menghiaskannya. Dia tidak lupa pada jenis-jenis kain yang menutup pintu biliknya pada ketika itu.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
magasab Kdperbuatan seperti mengeluarkan bunyi-bunyian dengan tujuan untuk menaikkan semangat. Upacara ini dilakukan ketika pahlawan-pahlawan hendak berangkat ke gelanggang pertempuran, sekembalinya dari peperangan dan semasa upacara mencari pahlawan-pahlawan yang terhandal.Menurut datuk ayah, alat-alat ini dipalu bersama sebuah canang, gendang dan sebilah cangkul semasa upacara magasab.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ngeluah, *ngelua* LBmemberi denda/pampasan yang tujuan untuk mengembalikan persefahaman bagi kedua-dua pihak yang bergaduh.Tapi sebelum Bulus berangkat pulang, lelaki tadi memberi amaran kepada Bulus, “Kalau awak sampai di rumah, jangan biarkan orang-orang kampung awak ngeluah (upacara pemujaan kepada orang yang dianggap mati, hidup atau pulang kembali dipalit dengan darah binatang yang disembelih).Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun BawangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kelupit LBsejenis raga sandang dianyam daripada rotan yang digunakan oleh lelaki untuk membawa barang, dan selalunya dijadikan barang hantaran perkahwinan untuk pengantin perempuan.Maka mereka pun berangkat dari rumah Ilan Piuh itu. Kelupit tadi dibawa Ilan Piuh di belakangnya dan dia (Ilan Piuh) dibawa oleh Ilan Buser di belakangnya.Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun BawangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas