Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.as] | برس

Definisi : 1. padi yg sudah dikupas kulitnya dan sedia utk dimasak: diambilnya ~ dan ditanaknya nasi; 2. buah yg berbutir-butir (gandum, jagung, kopi, dll), biji-bijian; ~ basah = ~ kumbah = ~ lembap ki sesuatu yg tidak berguna; ~ basmati sj beras panjang yg ditanam di India dan Pakistan dan digunakan utk memasak nasi beriani, nasi minyak, dsb; ~ belanda sj padi-padian, barli; ~ bertih padi yg digoreng (dgn tidak memakai minyak); ~ ceruh = ~ sosoh beras yg telah dibersihkan dgn selaputnya sekali; ~ giling beras yg dikupas dgn penggilingan; ~ goreng a) beras yg digoreng; b) sj ukiran pd bakul; ~ hancur = ~ patah beras yg hancur; ~ kepala beras yg terbaik; ~ ketan Id = ~ pulut beras yg melekat kalau ditanak; ~ kertas = ~ ketas = ~ petas berbagai-bagai jenis beras; ~ kunyit beras yg dikuningkan dgn kunyit; ~ meja beras yg putih (baik); ~ merah = ~ perang beras yg berselaput merah atau keperangan (tidak diputihkan); ~ pecah kulit beras yg masih berselaput; ~ rebus beras yg setengah dimasak; ~ sosoh beras yg diputihkan dgn cara menyosoh; ~ terdorong ke Tiku prb a) perihal barang yg mesti dijual biarpun berapa harganya kerana belanja mengangkutnya kembali besar; b) gadis yg tidak dapat memilih jodohnya kerana umurnya sudah lanjut; kalau tiada ~, kerja tiada deras prb jika tidak ada daya, terimalah nasib; spt ~ lembap, dijual tak laku, ditanak tak mual prb sesuatu yg tidak berharga (kurang baik): tak ~, antah dikisik prb utk mencapai maksud dilakukan segala-gala daya upaya; taruh ~ dlm padi prb nasihat menyuruh simpan rahsia baik-baik;berberas mempunyai beras; tak ~ akan ditanak prb tidak ada kepandaian utk dipertunjukkan (dlm keramaian dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.as] | برس

Definisi : mempunyai as: kaleng itu diberi ~ dan bertali supaya dapat ditarik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.as] | برس

Definisi : 1 buah padi yg sudah terkupas kulitnya dan sedia utk ditanak. 2 buah yg berbiji-biji atau berbutir-butir, spt gandum. ~ basah (kumbah, lembap) ki sesuatu yg tidak berguna. ~ belanda biji barli. ~ bertih padi yg digoreng tidak berminyak. ~ cerah beras yg dibersihkan sehingga hilang selaputnya. ~ kunyit beras yg dikuningkan dgn kunyit. ~ pulut (ketam) beras yg lekit apabila dimasak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beras

Puisi
 

Beras pulut bercampur padi,
     Laksamana memanah dulang;
Di mulut sedih di hati,
     Belum ada anak seorang.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Yang pipit sama pipit,
     yang enggang,
sama enggang.

Bermaksud :

Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras, b. Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang, c. Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga).

 

Lihat selanjutnya...(17)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Beras Oh Beras, di Mana Kau?Mat LetupDewan Masyarakat1 May 2008
Beras Thai Bantu Stok Beras NegaraTiadaDewan Masyarakat1 January 2009
Beras Dah Habis - sorotan cerpenRamli IsinBahana1 January 1984
Beras Dah HabisMaimon RahmanBahana1 January 1984
Apabila beras menjadi krisisZulnaidi YaacobDewan Ekonomi1 July 2008
Harga beras semakin tinggiJunaidah Ahmad Ghazali dan Muhamad Rafiq Abdul RahmanDewan Ekonomi1 May 2008
Harga Beras Dijangka TurunTiadaDewan Masyarakat1 August 2008
Mengawal beras negaraNam MarthininDewan Masyarakat1 January 1974
Bekas BerasYew-ChuanDewan Sastera1 January 1995
Bezakan beras dari antahSosaDewan Siswa1 September 1984
12

Kembali ke atas