Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ras] | برس

Definisi : 1. padi yg sudah dikupas kulitnya dan sedia utk dimasak: diambilnya ~ dan ditanaknya nasi; 2. buah yg berbutir-butir (gandum, jagung, kopi, dll), biji-bijian; ~ basah = ~ kumbah = ~ lembap ki sesuatu yg tidak berguna; ~ basmati sj beras panjang yg ditanam di India dan Pakistan dan digunakan utk memasak nasi beriani, nasi minyak, dsb; ~ belanda sj padi-padian, barli; ~ bertih padi yg digoreng (dgn tidak memakai minyak); ~ ceruh = ~ sosoh beras yg telah dibersihkan dgn selaputnya sekali; ~ giling beras yg dikupas dgn penggilingan; ~ goreng a) beras yg digoreng; b) sj ukiran pd bakul; ~ hancur = ~ patah beras yg hancur; ~ kepala beras yg terbaik; ~ ketan Id = ~ pulut beras yg melekat kalau ditanak; ~ kertas = ~ ketas = ~ petas berbagai-bagai jenis beras; ~ kunyit beras yg dikuningkan dgn kunyit; ~ meja beras yg putih (baik); ~ merah = ~ perang beras yg berselaput merah atau keperangan (tidak diputihkan); ~ pecah kulit beras yg masih berselaput; ~ rebus beras yg setengah dimasak; ~ sosoh beras yg diputihkan dgn cara menyosoh; ~ terdorong ke Tiku prb a) perihal barang yg mesti dijual biarpun berapa harganya kerana belanja mengangkutnya kembali besar; b) gadis yg tidak dapat memilih jodohnya kerana umurnya sudah lanjut; kalau tiada ~, kerja tiada deras prb jika tidak ada daya, terimalah nasib; spt ~ lembap, dijual tak laku, ditanak tak mual prb sesuatu yg tidak berharga (kurang baik): tak ~, antah dikisik prb utk mencapai maksud dilakukan segala-gala daya upaya; taruh ~ dlm padi prb nasihat menyuruh simpan rahsia baik-baik;berberas mempunyai beras; tak ~ akan ditanak prb tidak ada kepandaian utk dipertunjukkan (dlm keramaian dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ras] | برس

Definisi : mempunyai as: kaleng itu diberi ~ dan bertali supaya dapat ditarik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ras] | برس

Definisi : 1 buah padi yg sudah terkupas kulitnya dan sedia utk ditanak. 2 buah yg berbiji-biji atau berbutir-butir, spt gandum. ~ basah (kumbah, lembap) ki sesuatu yg tidak berguna. ~ belanda biji barli. ~ bertih padi yg digoreng tidak berminyak. ~ cerah beras yg dibersihkan sehingga hilang selaputnya. ~ kunyit beras yg dikuningkan dgn kunyit. ~ pulut (ketam) beras yg lekit apabila dimasak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beras

Puisi
 

Beras pulut bercampur padi,
     Laksamana memanah dulang;
Di mulut sedih di hati,
     Belum ada anak seorang.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Yang pipit sama pipit,
     yang enggang,
sama enggang.

Bermaksud :

Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras, b. Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang, c. Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga).

 

Lihat selanjutnya...(17)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bangsai[bAN.sAj]kata kerjamenumbuk (padi, dan lain-lain) bagi kali pertama dan beras belum bersih (beras masih lagi mengandungi kulit-kulit yang kasar dan antah).Depa bangsai padi guna alu mampai.[dE.pA bAN.sAj pA.di gu.nA A.lu mAm.pAj]Mereka menumbuk padi kali pertama dengan menggunakan alu yang mampal.
kembang[kEm.bAN]kata namasejenis kuih tradisi daripada tepung beras dan gula yang digoreng menggunakan acuan tembaga yang berbentuk bunga kiambang, kuih loyang, kuih ros; kiambang, sarang tebuan.   
kiambang[ki.jAm.bAN]kata namasejenis kuih tradisi daripada tepung beras dan gula yang digoreng menggunakan acuan tembaga yang berbentuk bunga kiambang, kuih loyang, kuih ros; kembang, sarang tebuan.   
bunga larak[bu.NA lA.ÒA/] sejenis kuih kering daripada tepung beras yang disira gula, berwarna merah muda seperti bunga larak.   
apom[A.pom]kata namasejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras yang dicampurkan dengan ibu roti dan dikukus, apum biasanya dimasukkan gula dan kadang-kadang bersantan.   
apam[A.pAm]kata namasejenis penganan yang dibuat daripada tepung beras, santan dan ibu roti dan dibakar, (dimakan dengan kuah lemak manis).   
sarang tebuan[sA.ÒAN t«.bu.wAn] sejenis kuih tradisi daripada tepung beras dan gula yang digoreng menggunakan acuan tembaga yang berbentuk bunga kiambang, kuih loyang, kuih ros; kembang, kiambang.   
dada ayam[dA.dA A.jAm] sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras jawi, gula, santan didadar dalam kuali dan dihias dengan bertih, dimakan dengan kuah lemak manis.   
beka[bE.kA]katan namasejenis kuih basah yang dibuat daripada tepung beras, gula dan santan yang dimasak hingga pekat, dibungkus dengan daun pisang kemudian dipanggang.   
anak tangga[A.nA/ tAN.gA] sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras, santan dan gula, dimasak sehingga pekat, kemudian dibungkus dalam daun pisang sebesar jari dan dikukus.   
123

Kembali ke atas