Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ras] | برس

Definisi : 1. padi yg sudah dikupas kulitnya dan sedia utk dimasak: diambilnya ~ dan ditanaknya nasi; 2. buah yg berbutir-butir (gandum, jagung, kopi, dll), biji-bijian; ~ basah = ~ kumbah = ~ lembap ki sesuatu yg tidak berguna; ~ basmati sj beras panjang yg ditanam di India dan Pakistan dan digunakan utk memasak nasi beriani, nasi minyak, dsb; ~ belanda sj padi-padian, barli; ~ bertih padi yg digoreng (dgn tidak memakai minyak); ~ ceruh = ~ sosoh beras yg telah dibersihkan dgn selaputnya sekali; ~ giling beras yg dikupas dgn penggilingan; ~ goreng a) beras yg digoreng; b) sj ukiran pd bakul; ~ hancur = ~ patah beras yg hancur; ~ kepala beras yg terbaik; ~ ketan Id = ~ pulut beras yg melekat kalau ditanak; ~ kertas = ~ ketas = ~ petas berbagai-bagai jenis beras; ~ kunyit beras yg dikuningkan dgn kunyit; ~ meja beras yg putih (baik); ~ merah = ~ perang beras yg berselaput merah atau keperangan (tidak diputihkan); ~ pecah kulit beras yg masih berselaput; ~ rebus beras yg setengah dimasak; ~ sosoh beras yg diputihkan dgn cara menyosoh; ~ terdorong ke Tiku prb a) perihal barang yg mesti dijual biarpun berapa harganya kerana belanja mengangkutnya kembali besar; b) gadis yg tidak dapat memilih jodohnya kerana umurnya sudah lanjut; kalau tiada ~, kerja tiada deras prb jika tidak ada daya, terimalah nasib; spt ~ lembap, dijual tak laku, ditanak tak mual prb sesuatu yg tidak berharga (kurang baik): tak ~, antah dikisik prb utk mencapai maksud dilakukan segala-gala daya upaya; taruh ~ dlm padi prb nasihat menyuruh simpan rahsia baik-baik;berberas mempunyai beras; tak ~ akan ditanak prb tidak ada kepandaian utk dipertunjukkan (dlm keramaian dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ras] | برس

Definisi : mempunyai as: kaleng itu diberi ~ dan bertali supaya dapat ditarik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ras] | برس

Definisi : 1 buah padi yg sudah terkupas kulitnya dan sedia utk ditanak. 2 buah yg berbiji-biji atau berbutir-butir, spt gandum. ~ basah (kumbah, lembap) ki sesuatu yg tidak berguna. ~ belanda biji barli. ~ bertih padi yg digoreng tidak berminyak. ~ cerah beras yg dibersihkan sehingga hilang selaputnya. ~ kunyit beras yg dikuningkan dgn kunyit. ~ pulut (ketam) beras yg lekit apabila dimasak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beras

Puisi
 

Beras pulut bercampur padi,
     Laksamana memanah dulang;
Di mulut sedih di hati,
     Belum ada anak seorang.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Yang pipit sama pipit,
     yang enggang,
sama enggang.

Bermaksud :

Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras, b. Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang, c. Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga).

 

Lihat selanjutnya...(17)


Bahasa Sukuan Bajau

EntriSinonimTakrifContoh AyatTerjemahan Bahasa MelayuTemaBahasa
buas beras/nasiBuas beta tinagu akan kakan temomok.Beras yg lama terdedah akan dimakan bubuk.makanan dan minumanBajau
kendinga nama sejenis beras (di tanam ditanah rata; bukan sawah)Kendinga manout.Beras yg harum baunya.budayaBajau
jalasarang semutkuih dr tepung berasJala alap reso ni amun repuh.Kuih dr tepung beras sedap dimakan sekiranya rangup.makanan dan minumanBajau
dodok beras yg ditumbuk hancur (spt tepung)Anak-anak nura ta’ kampung tu mengkkuaya repo’ dodok.Anak-anak muda di kampung itu bergotong-royong menumbuk beras utk dijadikan tepung.makanan dan minumanBajau
lapat beras pulut yg dimasak kemudian dibalut dgn saud sulad, bentuk tiga segiJomo Sama Tuaran muat lapat ta’ musim nampang rua.orang Bajau Tuaran membuat lapat apabila kenduri arwah.makanan dan minumanBajau
penetad tepung beras digaul dgn gula dan kelapa parut digoreng tanpa minyakDedaau penetad pebaun lamak.Masa dahulu penetad menjadi bekalan mengembara.makanan dan minumanBajau
kelia rempah asli suku bajau (campuran beras, halia, kunyit dan serai)Daging kelia penapi amun mesduo.Rempah asli dimasak bersama-sama daging sedap rasanya.makanan dan minumanBajau
ngelapat/ ngelamban majlis membungkus kuih lepat (menggunakan beras pulut)Ta’ dembila songomnei peneruun ngelapat.Pada mlm itu diadakan majlis membungkus kuih lepat.budayaBajau
beratih  Lagi keroi beratih kinamat repuh reso ni.Semakin kering beras pulut dimasak, dijemur dan digoreng bertambah rangup rasanya.makanan dan minumanBajau

Kembali ke atas