Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ras] | برس

Definisi : 1. padi yg sudah dikupas kulitnya dan sedia utk dimasak: diambilnya ~ dan ditanaknya nasi; 2. buah yg berbutir-butir (gandum, jagung, kopi, dll), biji-bijian; ~ basah = ~ kumbah = ~ lembap ki sesuatu yg tidak berguna; ~ basmati sj beras panjang yg ditanam di India dan Pakistan dan digunakan utk memasak nasi beriani, nasi minyak, dsb; ~ belanda sj padi-padian, barli; ~ bertih padi yg digoreng (dgn tidak memakai minyak); ~ ceruh = ~ sosoh beras yg telah dibersihkan dgn selaputnya sekali; ~ giling beras yg dikupas dgn penggilingan; ~ goreng a) beras yg digoreng; b) sj ukiran pd bakul; ~ hancur = ~ patah beras yg hancur; ~ kepala beras yg terbaik; ~ ketan Id = ~ pulut beras yg melekat kalau ditanak; ~ kertas = ~ ketas = ~ petas berbagai-bagai jenis beras; ~ kunyit beras yg dikuningkan dgn kunyit; ~ meja beras yg putih (baik); ~ merah = ~ perang beras yg berselaput merah atau keperangan (tidak diputihkan); ~ pecah kulit beras yg masih berselaput; ~ rebus beras yg setengah dimasak; ~ sosoh beras yg diputihkan dgn cara menyosoh; ~ terdorong ke Tiku prb a) perihal barang yg mesti dijual biarpun berapa harganya kerana belanja mengangkutnya kembali besar; b) gadis yg tidak dapat memilih jodohnya kerana umurnya sudah lanjut; kalau tiada ~, kerja tiada deras prb jika tidak ada daya, terimalah nasib; spt ~ lembap, dijual tak laku, ditanak tak mual prb sesuatu yg tidak berharga (kurang baik): tak ~, antah dikisik prb utk mencapai maksud dilakukan segala-gala daya upaya; taruh ~ dlm padi prb nasihat menyuruh simpan rahsia baik-baik;berberas mempunyai beras; tak ~ akan ditanak prb tidak ada kepandaian utk dipertunjukkan (dlm keramaian dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ras] | برس

Definisi : mempunyai as: kaleng itu diberi ~ dan bertali supaya dapat ditarik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ras] | برس

Definisi : 1 buah padi yg sudah terkupas kulitnya dan sedia utk ditanak. 2 buah yg berbiji-biji atau berbutir-butir, spt gandum. ~ basah (kumbah, lembap) ki sesuatu yg tidak berguna. ~ belanda biji barli. ~ bertih padi yg digoreng tidak berminyak. ~ cerah beras yg dibersihkan sehingga hilang selaputnya. ~ kunyit beras yg dikuningkan dgn kunyit. ~ pulut (ketam) beras yg lekit apabila dimasak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beras

Puisi
 

Beras pulut bercampur padi,
     Laksamana memanah dulang;
Di mulut sedih di hati,
     Belum ada anak seorang.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Yang pipit sama pipit,
     yang enggang,
sama enggang.

Bermaksud :

Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras, b. Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang, c. Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga).

 

Lihat selanjutnya...(17)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kijai Isj tumbuhan (pokok), babi kurus, be­beras, beras-beras, kasir, kedondong mata­hari, pauh kijang, Trigonochlamys griffithii.Kamus Dewan Edisi Keempat
pulut II1 = beras ~ beras yg lekit apabila dimasak, spt yg digunakan utk membuat lemang dll. 2 sj penganan yg dibuat drpd beras pulut (ditanak atau dikukus).Kamus Pelajar Edisi Kedua
beras-beras IIsj ikan laut, Kyphosus spp.Kamus Dewan Edisi Keempat
beras-beras Isj tumbuhan (pokok), kedondong matahari, kijai, beberas, Trigonochlamys griffithii.Kamus Dewan Edisi Keempat
pasak beras-berassj tumbuhan (pokok), melupas, Aglaia glabriflora;Kamus Dewan Edisi Keempat
giling; anak batu ~ batu yg bulat panjang (kawan batu giling) utk menghancurkan lada dll; batu ~ batu utk menghancurkan rempah (lada, beras, dll); beras ~ beras drpd padi yg dikupas dgn mesin; mesin ~ mesin berat yg digunakan utk memadatkan (meratakan) jalan; giling-giling besi atau batu bulat yg digunakan utk memadatkan (meratakan) jalan (tanah); menggiling 1. menghancurkan atau melumatkan (rempah dll) dgn batu giling dan anak batu giling; 2. memadatkan (memipihkan) tanah dll dgn giling-giling (mesin giling); 3. mengupas (mengilang) padi dgn mesin giling; 4. memerah (mengilang) tebu dll di antara dua kayu (besi) bulat yg berpusing; 5. menggelek; 6. menggulung (rokok dll); menggilingkan menggiling sesuatu utk: Hasnah ~ emaknya rempah; gilingan aci atau gandar pd kincir; penggilingan 1. mesin dll yg dipakai utk menggiling padi dll; 2. perbuatan menggiling; penggiling; ~ jalan giling-giling.Kamus Dewan Edisi Keempat
pasak II; ~ beras-beras = ~ linga = ~ merah sj tumbuhan (pokok), melupas, Aglaia glabriflora; ~ perahu sj tumbuhan (pokok), balau, keranji, merlimau, temilang, Aglaia odoratissima.Kamus Dewan Edisi Keempat
recak IIark; beras ~-~ beras yg pecah-pecah, manir, melukut.Kamus Dewan Edisi Keempat
ceruhterkupas bersih drpd kulit dan selaputnya (ttg padi dll): beras ~ beras yg sudah dibersihkan drpd kulit dan selaput­nya. menceruh menumbuk (beras) bagi kali yg akhir supaya ceruh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tiraksj tumbuhan (pokok), beras-beras, betutu, ceremai burung, jerak, jerak merah (putih), kelantang, Eurya japonica (acuminata).Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas