Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ras] | برس

Definisi : 1. padi yg sudah dikupas kulitnya dan sedia utk dimasak: diambilnya ~ dan ditanaknya nasi; 2. buah yg berbutir-butir (gandum, jagung, kopi, dll), biji-bijian; ~ basah = ~ kumbah = ~ lembap ki sesuatu yg tidak berguna; ~ basmati sj beras panjang yg ditanam di India dan Pakistan dan digunakan utk memasak nasi beriani, nasi minyak, dsb; ~ belanda sj padi-padian, barli; ~ bertih padi yg digoreng (dgn tidak memakai minyak); ~ ceruh = ~ sosoh beras yg telah dibersihkan dgn selaputnya sekali; ~ giling beras yg dikupas dgn penggilingan; ~ goreng a) beras yg digoreng; b) sj ukiran pd bakul; ~ hancur = ~ patah beras yg hancur; ~ kepala beras yg terbaik; ~ ketan Id = ~ pulut beras yg melekat kalau ditanak; ~ kertas = ~ ketas = ~ petas berbagai-bagai jenis beras; ~ kunyit beras yg dikuningkan dgn kunyit; ~ meja beras yg putih (baik); ~ merah = ~ perang beras yg berselaput merah atau keperangan (tidak diputihkan); ~ pecah kulit beras yg masih berselaput; ~ rebus beras yg setengah dimasak; ~ sosoh beras yg diputihkan dgn cara menyosoh; ~ terdorong ke Tiku prb a) perihal barang yg mesti dijual biarpun berapa harganya kerana belanja mengangkutnya kembali besar; b) gadis yg tidak dapat memilih jodohnya kerana umurnya sudah lanjut; kalau tiada ~, kerja tiada deras prb jika tidak ada daya, terimalah nasib; spt ~ lembap, dijual tak laku, ditanak tak mual prb sesuatu yg tidak berharga (kurang baik): tak ~, antah dikisik prb utk mencapai maksud dilakukan segala-gala daya upaya; taruh ~ dlm padi prb nasihat menyuruh simpan rahsia baik-baik;berberas mempunyai beras; tak ~ akan ditanak prb tidak ada kepandaian utk dipertunjukkan (dlm keramaian dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ras] | برس

Definisi : mempunyai as: kaleng itu diberi ~ dan bertali supaya dapat ditarik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ras] | برس

Definisi : 1 buah padi yg sudah terkupas kulitnya dan sedia utk ditanak. 2 buah yg berbiji-biji atau berbutir-butir, spt gandum. ~ basah (kumbah, lembap) ki sesuatu yg tidak berguna. ~ belanda biji barli. ~ bertih padi yg digoreng tidak berminyak. ~ cerah beras yg dibersihkan sehingga hilang selaputnya. ~ kunyit beras yg dikuningkan dgn kunyit. ~ pulut (ketam) beras yg lekit apabila dimasak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beras

Puisi
 

Beras pulut bercampur padi,
     Laksamana memanah dulang;
Di mulut sedih di hati,
     Belum ada anak seorang.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Yang pipit sama pipit,
     yang enggang,
sama enggang.

Bermaksud :

Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras, b. Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang, c. Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga).

 

Lihat selanjutnya...(17)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
butir berasbutir berasKesenianTiadaCorak batik berunsur benda bermotif butir beras. beras tumpah
beras tumpahberas tumpahKesenianTiadaCorak batik berunsur benda bermotif butir beras. Sinonim: butir beras.
RiceberasPertanianAgronomi

Biji padi (Oryza sativa) yang telah diproses dan dibuang kulitnya, meninggalkan endosperma untuk menghasilkan beras yang dimakan sebagai makanan ruji. Beras putih ialah beras yang telah dikisar sehingga kulit arinya diasingkan, manakala beras perang pula tidak dikisar dan masih mempunyai kulit ari.

rice polishsosohan berasVeterinarTiadaBahagian luar beras yang terhasil apabila beras dikilatkan semasa diproses. Bahagian ini berwarna putih dan mengandungi protein, mineral, vitamin dan minyak yang lebih tinggi berbanding dengan beras kerana terdapat lapisan aleuron dan sedikit dedak yang termasuk di dalamnya.
kelarai beras patahkelarai beras patahKesenianTiadaCorak anyaman berunsur makanan berbentuk seperti beras patah yang dianyam menggunakan dua warna sahaja.
Pamor Beras WutahPamor Beras WutahKerisTiadaPamor yang mempunyai corak yang berbentuk seperti beras tumpah.
Broken riceBeras pecahPertanianAgronomi

Beras yang telah terpisah sebahagian dari butirannya sama ada semasa di ladang, semasa pengeringan atau semasa pengilangan. Peratus beras pecah semasa di kilang adalah antara 12 hingga 20 tetapi semasa diproses peratusan dikurangkan kepada 4 % untuk menghasilkan beras yang tinggi kualitinya. Bila dimasak beras pecah menghasilkan nasi yang lembik. Beras pecah biasanya digunakan untuk makanan ternakan atau bahan membuat tepung beras.

polished riceberas ceruhVeterinarTiadaBeras yang dikilang atau dibersihkan sehingga selaput yang menutup biji dipisahkan. Beras ini mengandungi jumlah kanji yang tinggi manakala kandungan proteinnya pula kurang dari 5%. Beras ini merupakan sumber tenaga yang baik untuk manusia dan juga ternakan. Walau bagaimanapun, beras ini mengandungi kandungan vitamin B kompleks yang rendah kerana kebanyakannya telah dikeluarkan sewaktu proses pengilangan.
Brown riceBeras perangPertanianAgronomi

Beras yang dihasilkan dengan proses yang mengasingkan hanya bahagian luar kulit biji padi atau sekam padi dan meninggalkan lapisan dalam (bran) biji itu. Beras ini berwarna perang da berbeza dengan warna putih bagi beras yang dibuang lapisan bran. Beras perang lebih tinggi dalam kandungan vitamin dan mineral berbanding dengan beras putih.

brown riceberas perangMakanan dan PemakananTeknologi MakananBeras yang mempunyai germa dan keseluruhan brannya setelah dibuang kulit luar atau lapisan sekamnya semasa dikilang. Beras ini kaya dengan vitamin dan mineral. Beras perang memerlukan masa yang lebih panjang untuk dimasak berbanding beras putih.
12345678910...

Kembali ke atas