bahan semula jadi | natural material | Bahan yang berasal daripada haiwan, tumbuh-tumbuhan dan tanah serta wujud secara semula jadi di alam. Contohnya, arang batu dan petroleum. | Sekolah Rendah |
sebatian tak organik | inorganic compound | Sebatian yang berasal dari bahan bukan hidup. | Menengah Atas |
batu | stone | Benda bukan logam yang keras dan padat, yang berasal dari bumi. | Sekolah Rendah |
bendalir tisu | tissue fluid | Cecair luar sel yang terdapat dalam ruang antara sel dan mengandungi bahan-bahan yang berasal dari plasma darah kecuali eritrosit dan molekul protein plasma yang bersaiz besar. | Menengah Atas |
struktur beranalog | analogous structure | Struktur yang merujuk kepada persamaan dari aspek fungsi dan rupa bentuk, bukan dari sumber asalnya. Contohnya, persamaan struktur dan fungsi kepak serangga dengan kepak burung. Kedua-duanya mempunyai struktur dan fungsi yang sama tetapi berasal dari dua kumpulan haiwan yang berbeza. | Menengah Atas |