Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.sing]/[ber.a.sing] | براسيڠ

Definisi : 1. menyisih, memisahkan diri (dr): anak ini ~ dr kawan-kawannya; 2. berubah, menjadi lain: kasihnya sudah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berasing


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pihak kami sedang dalam proses mendaftarkan persatuan baru dengan nama “ Persatuan Kontraktor Gas Se Malaysia” dengan ROS/Pendaftar Pertubuhan. Soalan: Adakah perkataan “Se” perlu bergabung dengan perkataan Malaysia atau berasing menjadi “Se Malaysia” ? Sekian. Terima KasihEjaan yang betul ialah "Se-Malaysia". Tanda sempang (-) perlu digunakan apabila awalan se- diimbuhkan pada kata nama khas yang bermula dengan huruf besar. Ejaan27.04.2023
manakah yang betul, " aku menyisih dari stesen bas itu" atau " aku bersisih dari stesen bas itu" ? sekiranya kedua-dua salah, apakah ayat yang betul? atau sekiranya kedua-kedua betul, apakah maksud imbuhan me dan ber itu?

Ayat yang betul ialah “Aku menyisih dari stesen bas itu.”

Menyisih bermaksud beralih ke tepi untuk memberi jalan kepada orang lain; menepi: mengasingkan atau menjauhkan (diri).

Bersisih pula bermaksud berpisah, berasing

Lain-lain12.09.2021

Kembali ke atas