Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.baur] | برباءور

Definisi : 1. beraduk, bercampur: teriak penjual-penjual rokok dan surat khabar ~ kacau-balau dlm kebisingan manusia seramai itu; 2. bergaul (dgn), bercampur: tidak patut ia dituduh menganut faham perkauman, ia ~ dgn segala bangsa; 3. berkahwin, hidup spt suami isteri: kami sudah 10 tahun ~; 4. mempunyai unsur, berbau, bersifat: ceramahnya ~ politik; ~ bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam prb orang yg bersaudara itu, kalau berdekat berbantahan, jika berjauhan sangat rindu akan yg lain; ~ pangkal perceraian prb orang yg bersaudara itu kalau bercampur selalu timbul perselisihan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.baur] | برباءور

Definisi : 1 bercampur antara satu dgn yg lain (terutama ttg gas, cairan, perasaan dll): Minyak dgn air tidak mungkin ~. 2 bergaul (dgn); berbaik-baik (dgn): Jika ~ dgn orang jahat, kita pun akan dianggap jahat. 3 hidup sbg suami isteri; berkahwin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbaur

Peribahasa

Berbaur bagaikan muntah,
     bercerai bagaikan demam.

Bermaksud :

Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama makna: Jauh bau bunga, dekat bau tahi [= kencing]).

 

Lihat selanjutnya...(5)