Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbelah-belah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chain verserangkap berkaitKesusasteraanPuisiHubungan antara satu sama lain dalam bentuk rangkap yang bertujuan untuk meluaskan sesuatu isu atau tema yang terdapat dalam pemikiran penyair. Contohnya, pantun di bawah. Burung serindit terbang sekawan, Mati tersambar seekor merpati; Sakit sungguh hamba tuan, Laksana kambing menggulai hati. Lantai balai berbelah-belah, Buat dinding raja beradu; Sudah didengar perintah Allah, Anak dibuat seperti madu. Buat dinding raja beradu, Dari gerisek ke Surabaya; Anak dibuat seperti madu, Sudah nasib tubuhnya saya.
panlun berkaitpanlun berkaitKesusasteraanPuisiPantun yang berangkai atau sambung-menyambung antara rangkap di atas dengan rangkap-rangkap di bawahnya, jumlahnya tiada dihadkan. Penyambungan ini dilakukan dengan mengambil baris kedua dan keempat rangkap sebelurnnya, kemudian diletakkan sebagai baris pertarna dan ketiga pada rangkap yang baharu itu. Umpamanya kalau rangkap yang hendak dibentuk itu rangkap ketiga, baris kedua dan juga keempat yang diarnbil itu ialah pada rangkap kedua. Contohnya, Lantai balai berbelah-belah, Buat dinding raja beradu; Sudah didengar perintah Allah, Anak dibuat seperti madu. Buat dinding raja beradu, Dari gerisek ke Surabaya; Anak dibuat seperti madu, Sudah nasib tubuhnya saya
tea gowngaun tehKesenianTiada1. Gaun labuh longgar berwarna pucat dan berbelah dari atas ke bawah, bertrimkan ropol dan renda pada bahagian belah hadapan dan hujung lengan. Biasanya dibuat daripada fabrik sayat nipis atau sutera, dipakai tanpa korset sebagai pakaian tak rasmi oleh tuan rumah pada tahun 1877 hingga awal abad ke-20.,2. Istilah yang merujuk kepada pakaian separa rasmi, sesuai untuk jamuan teh pada waktu petang atau jamuan petang di halaman pada tahun 1920-an dan 1930-an.
shirt waistkemeja pinggangKesenianTiada1. Blaus wanita berpotongan kemeja lelaki yang bercirikan belah di hadapan berkolar kemeja dan ada kalanya dipakai dengan tali leher hitam, diperkenalkan pada tahun 1890-an.,2. Blaus wanita bergaris leher santak, berbelah dan berbutang di belakang. Pakaian siap pakai yang pertama diperkenalkan selepas tahun 1920. Istilah ini lebih dikenali sebagai blaus.
shirt waisterkemeja pinggangKesenianTiada1. Blaus wanita berpotongan kemeja lelaki yang bercirikan belah di hadapan berkolar kemeja dan ada kalanya dipakai dengan tali leher hitam, diperkenalkan pada tahun 1890-an.,2. Blaus wanita bergaris leher santak, berbelah dan berbutang di belakang. Pakaian siap pakai yang pertama diperkenalkan selepas tahun 1920. Istilah ini lebih dikenali sebagai blaus.

Kembali ke atas