Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bé.za] | بربيذا

Definisi : berlainan: pemerintahan mengikut kaedah persekutuan itu ~ drpd pemerintahan mengikut kaedah persatuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bé.za] | بربيذا

Definisi : 1 tidak sama antara satu dgn yg lain; berlain: Segala perbuatannya ~ drpd yg dikatakannya. 2 tidak sama ukurannya; berselisih sukatannya: Waktu ketibaan mereka ~ lebih kurang dua puluh minit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbeza

Puisi
 

Dari dahulu Jawa Semarang,
     Ungai-ungai di atas bukit;
Macam dahulu juga sekarang,
     Tidak berbeza barang sedikit.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Rebung tidak jauh dari rumpun.

Bermaksud :

Tabiat anak tak akan jauh berbeza dengan orang tuanya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
jirimmatterBahan yang mengisi ruang dan mempunyai jisim. Jirim yang berbeza mempunyai struktur yang berbeza. Jirim wujud dalam tiga keadaan, iaitu pepejal, cecair dan gas.Menengah Rendah
parasitismeparasitismHubungan antara dua organisma yang berbeza dan hidup bersama-sama dengan satu daripadanya mendapat faedah, manakala yang satu lagi mengalami kerugian.Menengah Rendah
taburandistributionOrganisma hidup dalam kuantiti yang berbeza di bahagian yang berlainan dalam kawasan tertentu.Menengah Atas
seks heterogametheterogametic sexJantina spesies yang berbeza kandungan kromosom seksnya. Contohnya, manusia lelaki yang mempunyai kromosom seks X dan Y.Menengah Atas
hemoglobin abnormalabnormal haemoglobinMolekul hemoglobin yang berbeza bentuk disebabkan oleh jujukan asid amino yang diubah suai (biasanya disebabkan oleh jujukan asas DNA yang terubah suai), seperti pada penyakit warisan, iaitu anemia sel sabit.Menengah Atas
jisimmassKuantiti jirim dalam sesuatu jasad. Jisim berbeza daripada berat kerana jisim tidak dipengaruhi oleh graviti. Jisim disukat dalam unit kilogram, kg.Menengah Rendah
cuaca melampauextreme weatherKeadaan cuaca yang sangat berbeza daripada cuaca yang biasa. Contohnya, cuaca yang terlampau panas atau terlampau sejuk.Sekolah Rendah
pembiasanrefractionProses perambatan cahaya melalui dua medium yang berbeza ketumpatan optiknya. Proses ini menyebabkan berlakunya perubahan arah dan halaju cahaya.Menengah Rendah
pencampuran pigmenmixing of pigmentPenggabungan beberapa pigmen yang berbeza untuk menghasilkan jenis warna yang diperlukan.Menengah Atas
daya lekatanadhesion forceDaya tarikan antara dua molekul yang berbeza. Contohnya, daya antara molekul air dengan dinding kapilari xilem.Menengah Atas
123

Kembali ke atas