Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bé.za] | بربيذا

Definisi : berlainan: pemerintahan mengikut kaedah persekutuan itu ~ drpd pemerintahan mengikut kaedah persatuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bé.za] | بربيذا

Definisi : 1 tidak sama antara satu dgn yg lain; berlain: Segala perbuatannya ~ drpd yg dikatakannya. 2 tidak sama ukurannya; berselisih sukatannya: Waktu ketibaan mereka ~ lebih kurang dua puluh minit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbeza

Puisi
 

Dari dahulu Jawa Semarang,
     Ungai-ungai di atas bukit;
Macam dahulu juga sekarang,
     Tidak berbeza barang sedikit.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Rebung tidak jauh dari rumpun.

Bermaksud :

Tabiat anak tak akan jauh berbeza dengan orang tuanya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
differing impressionkesan berbeza; teraan berbezaKesenianTiadaTiada
tidal forcedaya pasang surutMatematikTiadaDaya yang terbentuk di dalam suatu sistem yang terdiri daripada satu jasad atau lebih yang disebabkan oleh kegravitian yang berbeza bahagian sistem yang berbeza mengalami pecutan yang berbeza.
dissimilationdisimilasiLinguistikTiada1. Proses fonetik yang mengakibatkan suatu bunyi bahasa menjadi berbeza atau agak berbeza dengan bunyi yang berdekatan, contohnya belajar dan berajar.
orthogonal matrixmatriks ortogonMatematikTiadaMatriks yang merupakan songsangan bagi transposisinya, supaya sebarang pasangan bagi baris berbeza atau lajur berbeza adalah vektor ortogon.
isoenzymeisoenzimHerbaFitokimiaEnzim yang turutan asid aminonya berbeza tetapi memangkinkan tindak balas kimia yang sama. Enzim ini mempamerkan parameter kinetik yang berbeza seperti nilai KM atau sifat pengawalaturan yang berbeza. Kewujudan isoenzim membolehkan pengubahsuaian secara halus metabolisme bagi memenuhi keperluan tertentu atau tahap pembentukan sesuatu tisu atau sel. Isoenzim ialah isoforom bagi sesuatu enzim. Sinonim isozim.
axon shufflingcampur aduk aksonBiologiGenetikPembentukan gen baru dengan membawa beberapa jujukan pengekodan atau akson daripada satu gen yang mengekod protein berbeza atau domain berbeza protein yang sama melalui proses rekombinasi menggunakan perantara intron.
common subdivisionpembahagian kecil umumPerpustakaanTiadaMembentuk bahagian-bahagian yang digunakan dalam sesuatu pengelasan kepada pembahagian yang lebih kecil bagi subjek yang mempunyai nama-nama yang berbeza dalam pengelasan yang berbeza juga.
binding variationjilidan berbezaPerpustakaanTiadaJilidan buku, walaupun diterbitkan dalam edisi yang sama, yang berbeza dari segi warna, jenis kulit buku, blok tangan dan sebagainya yang mungkin disebabkan seluruh edisi tidak dijilid dalam waktu yang sama, atau keadaan storan yang tidak memuaskan.
isotopeisotopGeografiTiada1. Dua atom yang merupakan unsur yang sama, tetapi dengan berat atom yang berbeza.,2. Dua atom yang mempunyai nombor atom yang sama tetapi berat atom yang berbeza.,3. Dua atom yang mempunyai nombor proton yang sama tetapi berbeza dalam nombor neutron.
isotopeisotopGeologiTiada1. Dua atom yang merupakan unsur yang sama, tetapi dengan berat atom yang berbeza.,2. Dua atom yang mempunyai nombor atom yang sama tetapi berat atom yang berbeza.,3. Dua atom yang mempunyai nombor proton yang sama tetapi berbeza dalam nombor neutron.
12345678910...

Kembali ke atas