Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ca.ha.ya] | برچهاي

Definisi : memancarkan cahaya, bersinar, berkilat, berkilau, berseri, gilang-gemilang: bintang-bintang ~ dgn sangat terangnya; muka Tuan Bujang ~ spt bunga raya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ca.ha.ya] | برچهاي

Definisi : 1 ada atau terdapat cahayanya; memancarkan cahaya; berkilau: Bulan ~. 2 berseri; jernih: Mukanya ~. 3 bergemerlapan; bersinar-sinar: intan berlian yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercahaya

Puisi
 

Kalau bulan tiada bercahaya,
     Pasang pelita di hujung titi;
Kalau tuan tiada percaya,
     Belah dada lihatlah hati.


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
nyalaanflameGumpalan gas bercahaya yang terhasil semasa pembakaran.Menengah Rendah
bintangstarObjek yang kelihatan bercahaya dan berkerdip di langit pada waktu malam.Sekolah Rendah
prominensprominenceFenomena gelung besar gas bercahaya yang berlaku di permukaan matahari.Menengah Rendah
bintangstarJasad cakerawala yang panas dan bercahaya serta menjana tenaga haba. Lihat RajahMenengah Rendah
kometcometJasad cakerawala yang beredar mengelilingi matahari dan meninggalkan kesan ekor yang bercahaya.Menengah Rendah
kometcometKetulan batu, ais debu dan gas-gas yang mengelilingi matahari. Komet mempunyai ekor yang terang bercahaya. Lihat RajahSekolah Rendah

Kembali ke atas