Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ca.ha.ya] | برچهاي

Definisi : memancarkan cahaya, bersinar, berkilat, berkilau, berseri, gilang-gemilang: bintang-bintang ~ dgn sangat terangnya; muka Tuan Bujang ~ spt bunga raya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ca.ha.ya] | برچهاي

Definisi : 1 ada atau terdapat cahayanya; memancarkan cahaya; berkilau: Bulan ~. 2 berseri; jernih: Mukanya ~. 3 bergemerlapan; bersinar-sinar: intan berlian yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercahaya

Puisi
 

Kalau bulan tiada bercahaya,
     Pasang pelita di hujung titi;
Kalau tuan tiada percaya,
     Belah dada lihatlah hati.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Bila bulan bercahaya penuh, Nampak bintang menjadi pudar; Apabila tuan sudah menjauh, Tegakku bimbang hati pun hambar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bila bulan tidak bercahaya, Manakan ada orang ke tanah; Apabila tuan tidak percaya, Manakan hamba datang ke rumah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Terang bulan terang bercahaya, Terang tumpah ke tengah halaman; Kalau kurang adik percaya, Abang bersumpah berjabat tangan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau bulan tiada bercahaya, Pasang pelita di hujung titi; Kalau tuan tiada percaya, Belah dada lihatlah hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apabila malam sudah berbintang, Bulan bercahaya sehingga subuh; Apabila meminjam harta orang, Pulanglah segera usah bertangguh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apa guna bercerah, Kalau tidak bercahaya lagi; Apa guna nyawa berserah, Kalau tidak belajar lagi.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Itik-itik di Kampung Cina, Buah mempelam masak bercahaya; Adik-adik abang bertanya, Berapa bulan kasihkan saya?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sarung keris bertatah permata, Seni budaya orng sunglap; Orang berilmu ibarat pelita, Tetap bercahaya dalam gelap.Pantun Melayu SarawakIlmu
Bunga cempaka bunga pilihan, Digemari oleh tua dan muda; Tanda orang tua sempurna iman, Hati bersih muka bercahaya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat

Kembali ke atas