Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.cam.bah] | برچمبه

Definisi : 1. mula tumbuh (bkn biji benih dsb); 2. mempunyai cambah; 3. muncul, terbit, lahir: Minah menjeling tajam, kemudian ~ juga sebuah senyuman di bibirnya; usianya yg mendekati empat puluhan dan masih membujang itu membuatkan ~ suatu harapan; 4. ada banyak, ada (terdapat) di merata­rata tempat: di surau dan madrasah yg ~ di tanah air kita ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.cam.bah] | برچمبه

Definisi : 1 mula tumbuh dr biji (ttg tumbuh-tumbuhan). 2 ki banyak terdapat; ada di mana-mana: Syarikat kerjasama ~ di Malaysia ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercambah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)Lenanya tiba-tiba bercambah apabila pintu biliknya diketuk kuat dari luar. 2)Pamela tidak berjaya menguruskan badannya kerana dia tidak mampu mengawal nafsu. 3)Makanan traditional seperti lemang,ketupat,dan dodol merupakan makanan penyambut untuk hari raya.Tolong betulkan.Terima kasih.1. Lenanya tiba-tiba terganggu apabila pintu biliknya diketuk kuat dari luar.
2. Pamela tidak berjaya menguruskan badannya kerana dia tidak mampu mengawal nafsu makan.
3. Makanan tradisional seperti lemang, ketupat dan dodol merupakan juadah utama yang dihidangkan pada hari raya.
Tatabahasa14.07.2012
Apakah definisi bagi perkataan mengetut?

Definisi mengetut ialah 1. mencantumkan tunas daripada satu pokok pada pokok yang lain (untuk mendapatkan baka yang lebih baik); (Kamus Dewan Edisi Keempat);

2. mengelar dan membalut ranting pokok dengan tanah agar akar bercambah untuk dijadikan benih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Makna12.05.2020

Kembali ke atas