Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sudah bergaul (berkacau, berbaur, dll) betul, bercampur (bergaul dll) dgn tidak berketentuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bercampur benar dgn tidak menentu; (sudah) bergaul atau berkacau benar; bercampur baur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercampur aduk


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) masalah penggunaan bahasa bercampur aduk dalam ranah bahasa rasmi 2) apa maksud promsi istilah natif? 3)apa maksud promosi status bahasa? 4)apa maksud bahasa wilayah/bahasa antarabangsa? 5)apakah perancangan menaik taraf bahasa dalam akta, penjawatan awam, peperiksaan awam, ejaan, sebutan, tatabahsa, an kamus?Saudara boleh merujuk makalah atau tulisan-tulisan tentang masalah yang dikemukakan dalam majalah,buku tentang perancanagan bahasa dan akhbar tempatan atau rujuk Pusat Dokumentasi Bahasa Melayu dalam Laman DBP.Lain-lain22.03.2008
Saya sedih bila bahasa penjajah digunakan bercampur aduk dengan bahasa melayu, iaitu Rakan Cop. Apa tindakan DBP dalam perkara ini. Terima kasih.Pihak DBP telah menegur pihak yang berkenaan dan juga menyiarkannya dalam akhbar Klik DBP (sisipan akhbar Berita Harian) berhubung perkara ini. Kami turut memberikan cadangan, antaranya dengan menggantikan "rakan cop" kepada "rakan polis".Lain-lain25.03.2007
Aduan berhubung Juri dalam program mentor, TV3. Menggunakan bahasa yang bercampur aduk (BM/BI) yang boleh merosakkan bahasa Melayu terutama kepada golongan anak-anak muda. Beliau minta Kementerian Komunikasi dan Multimedia buat pemantauan.Contoh pencemaran bahasa : "Saya fikir this is not good" - Beliau meminta supaya DBP/Kementerian Komunikasi Multimedia mengambil serius tentang perkara ini.Lain-lain22.12.2014
Definisi kecelaruan bahasa.Kecelaruan bahasa bermaksud penggunaan bahasa yang bercampur aduk, iaitu mencampuradukkan bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. Kecelaruan bahasa ini juga dikenali sebagai bahasa rojak. contohnya seperti dalam penggunaan kata "sureheboh".Makna04.07.2006
apakah bahasa rojak dan bagai manakah cara mengatasinya?Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur aduk kata-kata yang digunakan oleh penuturnya (misalnya seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris). Situasi ini  berlaku dalam konteks lisan sama ada  rasmi atau tidak rasmi dan bukannya dalam penulisan, khususnya penulisan  ilmiah. Dalam penulisan kreatif seperti dialog komik, ada kecenderungan menggunakan bahasa rojak dalam dialog watak-wataknya. Bahasa rojak tidak menggunakan tatabahasa yang betul. Cara mengatasi bahasa rojak ialah pengguna hendaklah mengikut sistem dan tatabahasa yang betul, laras yang sesuai dan tidak mencampurkan bahasa Melayu dnegan bahasa-bahasa asing.Makna21.07.2008
boleh kah kita mengunakan perkataan cacarmarba dalam karangan?Menurut Kamus Dewan, cacamarba mengandungi pelbagai unsur, bercampur aduk, (ber)pelbagaian. Kata ini boleh digunakan dalam karangan. Untuk makluman saudara, ejaan kata yang betul ialah cacamarba, bukan cacarmarba. Untuk membantu saudara, contoh ayat bagi kata ini ialah Akibat kegelabahan kita, berterusanlah kebudayaan cacamarba yg meremehkan peranan kebudayaan Melayu yg sepatutnya menjadi tonggak kebudayaan nasional. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP.Lain-lain26.01.2007
sila berikan maksud sebenar bahasa rojak dan terangkan dengan lebih terperinci.Terima Kasih.Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur aduk kata-kata yang digunakan oleh penuturnya (misalnya seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris). Situasi ini  berlaku dalam konteks lisan sama ada  rasmi atau tidak rasmi dan bukannya dalam penulisan, khususnya penulisan  ilmiah. Dalam penulisan kreatif seperti dialog komik, ada kecenderungan menggunakan bahasa rojak dalam dialog watak-wataknya. Bahasa rojak tidak menggunakan tatabahasa yang betul.Makna09.03.2008
definisi kecelaruan bahasaKecelaruan bahasa bermaksud penggunaan bahasa yang bercampur aduk, iaitu mencampuradukkan bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. Kecelaruan bahasa ini juga dikenali sebagai bahasa rojak. contohnya seperti dalam penggunaan kata "sureheboh".Makna09.02.2010
apakah istilah dan definisi bahasa rojak serta bagaiamana sejarah asal- usul mulanya wujud bahasa rojak tersebut???...tq.Bahasa rojak ialah penggunaan bahasa yang bercampur aduk antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang digunakan secara lisan terutamanya oleh golongan yang tidak mementingkan penggunaan bahasa Melayu yang betul. Bahasa ini digunakan mengikut aliran pada sesuatu masa. Isu bahasa rojak telah dibincangkan dalam banyak seminar dan majalah terbitan DBP sendiri pernah membuat keluaran khas mengenainya. Sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk mendapatkan artikel yang berkaitan. Makna16.07.2008
Kenapa tiada ruangan untuk cadangan penambahbaikan? Kenapa tiada ruangan untuk aduan awam? Saya ingin membuat aduan mengenai penggunaan bahasa di laman web jabatan pertanian yang bercampur aduk antara bahasa melayu dengan inggeris, tidak seperti laman web lain yang mempunyai pilihan bahasa yang sopan Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris, hanya satu bahasa sahaja digunakan setiap pilihan.Pertanyaan saudara diambil maklum. Untuk cadangan penambahbaikan atau aduan tentang Khidmat Nasihat Bahasa saudara bolehlah menyalurkannya kepada Bahagian Komunikasi Korporat atau Bahagian Sistem Maklumat, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui laman ini.   Walau bagaimanapun, untuk cadangan atau aduan awam tentang penggunaan bahasa dalam laman web mana-mana agensi saudara perlu menyalurkannya kepada agensi berkenaan melalui laman web masing-masing. Lain-lain24.02.2009
123

Kembali ke atas