disorderly teaching | pengajaran bercelaru | Pendidikan | Tiada | Tiada |
schizophrenia | skizofrenia | Perubatan | Tiada | Gangguan psikosis yang dicirikan dengan pemikiran yang bercelaru dan tidak benar, dan diiringi dengan delusi serta halusinasi. Pesakit biasanya cenderung untuk memencilkan diri dan hilang perasaan kasih sayang terhadap keluarga dan sahabat handai. Penyakit ini mungkin merupakan penyakit keturunan dan puncanya belum diketahui lagi. |
busy | dalam gunaan; kecamuk; sibuk; rencam | Kesenian | Tiada | Rencam: Bahagian-bahagian dalam lukisan yang mengandungi reka bentuk yang bercelaru dan tidak harmoni secara menyeluruh. |
mental health treatment | rawatan kesihatan mental | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit mental untuk memulihkan tahap kesihatan mentalnya. Mental yang bercelaru menyebabkan pesakit mental bersikap agresif untuk melakukan jenayah. |
disturb site | tapak terganggu | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tapak penyelidikan arkeologi yang telah terusik dan tidak berada dalam keadaan asal. Gangguan ini menyebabkan berlakunya percampuran antara artifak baru dengan lama yang menyebabkan susunan stratigrafi bercelaru. Gangguan disebabkan kegiatan manusia seperti aktiviti mengambil guano, pertanian, mencari harta karun, bencana alam seperti banjir dan gempa bumi serta tindakan organik seperti cacing. |
hormone | hormon | Psikologi | Psikologi Umum | Bahan kimia dalam badan yang dirembeskan oleh kelenjar tak bersaluran yang ada hubungannya secara langsung atau tidak langsung dengan tingkah laku manusia dan haiwan. Terdapat beberapa fungsi biologikal utama yang dikendalikan oleh hormon seperti mempromosikan pertumbuhan organisma, membantu penghadaman dan mengatur metabolisme yang sekiranya bercelaru boleh menimbulkan kesan psikologi seperti kompleks rendah diri atau masalah kesejahteraan psikologi yang lain. Hormon daripada kelenjar adrenal mempunyai kesan langsung kepada psikologi manusia atau haiwan melalui tindakannya semasa berada dalam keadaan yang mencemaskan. Hormon adrenalina dan noradrenalina pula akan meningkatkan aktiviti organ seperti jantung, paru-paru dan saluran darah untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi kecemasan yang diwujudkan oleh rangsangan emosi. Walau bagaimanapun, tindakan hormon tidak secepat sebatian neurotransmiter kerana tindakannya bergantung pada bantuan sistem edaran darah. |
schizophrenia | skizofrenia | Psikologi | Psikologi Umum | Satu bentuk psikopatologi yang menyebabkan keutuhan personaliti, emosi dan kognitif individu tergugat dengan teruk. Istilah yang sering dikaitkan dengan kecelaruan ini ialah psikosis, gila atau tidak waras. Tanda-tanda kebiasaan yang terdapat kepada pesakit ini ialah delusi, halusinasi, apati, pemikiran abnormal dan perceraian antara emosi dengan pemikiran. Emosi pesakit ini biasanya bercelaru. Contohnya, apabila diberitahu ibunya meninggal dunia, individu skizofrenia hanya akan ketawa berdekah-dekah atau tidak menunjukkan apa-apa perasaan. Pesakit ini juga boleh menarik diri daripada orang ramai, hilang minat terhadap aktiviti luaran dan gagal mengawal tabiat atau aktiviti harian. Sekurang-kurang terdapat empat jenis skizofrenia, iaitu tidak terurus, katatonik, paranoid dan tanpa pembezaan. |