Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tinggi (adjektif)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan panjang, lampai, langsing, renjong, tonjeng, lonjong, agam, ampai,
Berantonim dengan pendek

2. Bersinonim dengan luhur: mulia, murni, besar, agung,
Berantonim dengan hina

3. Bersinonim dengan angkuh: bongkak, congkak, sombong, pongah,

4. Dalam konteks suara
bersinonim dengan nyaring, muluk, halus dan keras,
Berantonim dengan rendah

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan mahal, melambung, menjulang, meningkat, naik,
Berantonim dengan rendah

Kata Terbitan : meninggikan, ketinggian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah yang dimaksudkan dengan 'jaya diri' sebenarnya? bagaiamana frasa ini digunakan dalam ayat? Bolehkah seseorang murid menulis ayat yang berbunyi seperti ini: Kita harus bersemangat jaya diri dengan bercita-cita tinggi agar mencapai kejayaan dalam hidup kelak.Tidak ada contoh penggunaan "jaya diri" dalam sumber rujukan kami. Kami cadangkan ayat ini diubah menjadi "Kita harus bersemangat memajukan diri dan bercita-cita tinggi agar mencapai kejayaan dalam hidup kelak".Tatabahasa21.08.2011
Berikut adalah ciri-ciri kompentensi usahawan KECUALI A Tidak berani menanggung risiko. B Berpandangan jauh dan bercita-cita tinggi. C Membuat pembaharuan untuk keperluan pelanggan. D Aktiviti keuntungan dan sumbangan pada masyarakat dan negara. Tuan, adakah perkataan kecuali perlu dibesarkan semua hurufnya atau huruf kecil sahaja? dan Adakah jawapan di a,b,c, d perlu bermula dengan huruf kecil atau besar. Terima kasih.
  1. Penggunaan yang betul ialah ditulis dengan huruf kecil. 
  2. Huruf besar digunakan pada permulaan setiap kata nama khas termasuk nama orang, nama tempat, nama institusi dan sebagainya; pada permulaan kata di pangkal ayat; pada permulaan kata cakap ajuk; dan pada permulaan baris-baris puisi. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, muka surat 80 untuk mengetahui penggunaan huruf besar selanjutnya.
Tatabahasa09.11.2021
bolehkah kata 'sejak kebelakangan ini' atau 'sejak belakangan ini' digunakan dalam ayat? atau 'sejak akhir-akhir ini' ? kata hubung berpasangan 'walaupun.... namun' boleh ke digunakan? cth: Walaupun dia miskin, namun dia bercita-cita tinggi. betulke ayat tersebut? tq

Saudara,

Kebelakangan atau belakangan merupakan sejak masa-masa yg kemudian ini/ akhir-akhir ini/ kebelakangan/belakangan juga ditakrifkan sebagai kesudahannya, akhirnya atau kemudian. Contoh ayat: Pergolakan di Indonesia kebelakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya. Contoh ayat kedua: Mula-mula ia menolak, tetapi belakangan ini menerima juga tawaranku. Untuk makluman saudara, penggunaan kebelakangan dan belakangan ini sebenarnya sering bertukar ganti penggunaannya.

Namun bermaksud biarpun, meskipun, sungguhpun walaupun,tetapi. Oleh itu, ayat tersebut  betul kerana perkataan namun dalam ayat itu bermaksud tetapi.

Tatabahasa21.07.2010
Apakah lawan perkataan azam? Menurut Kamus Dewan  makna perkataan azam ialah kemahuan (keinginan, cita-cita, dsb) yang sangat kuat, tujuan (yg sesungguhnya). Oleh itu,   lawan kata azam ialah tidak berkeinginan, tidak bercita-cita tinggi, atau tidak mempunyai kemahuan terhadap sesuatu.Makna24.03.2009

Kembali ke atas