Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.da.sar.kan] | برداسرکن

Definisi : berasaskan, bersandarkan, ber­landaskan: tulisan saya itu ~ berita yg tersiar di sebuah akhbar; tuduhan yg ~ bukti-bukti yg nyata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.da.sar.kan] | برداسرکن

Definisi : berdasar pd; berasaskan: Laporan itu ~ kejadian-kejadian yg betul-betul berlaku (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdasarkan

Peribahasa

Mengenakan baju di badan maka sesuai.

Bermaksud :

Menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengukur baju di badan sendiri).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mana satu yang paling betul dan paling tepat? 1. berdasarkan pernyataan informan... 2. berdasarkan penyataan informan... 3. berdasarkan kenyataan informan...Berdasarkan cadangan padanan jawapan yang diberikan, ayat yang betul ialah "berdasarkan kenyataan informan...".Lain-lain15.08.2022
Assalammualaikum kepada pihak DBP. Saya ingin bertanya. Antara "adalah berdasarkan" dengan "ialah berdasarkan", yang manakah yang paling tepat ? Bolehkah penggunaan "berdasarkan" (tanpa kata pemeri) digunakan di tengah ayat ? Cth : Keputusan pertandingan matematik itu ditentukan "berdasarkan" syarat-syarat pertandingan tersebut. (Atau perlu tambah kata pemeri). Jawapan anda amat saya hargai.Kata kerja "berdasarkan" tidak perlu didahului kata pemeri. Contohnya, Siasatan penyelahgunaan tempat awam dilakukan oleh pihak penguat kuasa berdasarkan aduan pengadu.Tatabahasa16.06.2022
Antara berikut ayat manakah betul? 1. Tulis jawapan berdasarkan petikan 2. Tuliskan jawapan berdasarkan petikan 1. Tulis ayat yang betul berdasarkan gambar. 2. Tuliskan ayat yang betul berdasarkan gambar. Sekiranya ayat tersebut betul atau salah, bolehkah saya tahu mengapa.Salam sejahtera,

Tuan,

Ayat yang dinyatakan betul dari segi tatabahasanya ialah ayat "Tuliskan jawapan berdasarkan petikan" dan " Tuliskan ayat yang betul berdasarkan gambar". 
 Ayat yang dinyatakan merupakan ayat arahan. Arahan lazimnya mengandungi kata kerja dengan imbuhan kan seperti tuliskan.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa06.04.2018
Berdasarkan halaman 57 Pedoman Pembentukan Ejaan tentang penggunaan tanda sempang, cara menulis "kad ATMnya" dan "IDnya" akan menjadi "kad ATM-nya" dan "ID-nya". Mohon pengesahan, terima kasih.Penggunaan tanda sempang untuk merangkaikan apa-apa kata lain yang dieja dalam huruf besar dengan apa-apa bentuk kata yang dalam huruf kecil, atau sebaliknya. Penggunaan tanda sempang, cara menulis "kad ATMnya" dan "IDnya" akan menjadi "kad ATM-nya" dan "ID-nya" adalah betul.
Tatabahasa27.01.2023
Berdasarkan konteks ayat,“berdepan dengan” dan “untuk”adalah salah atau betul?Saya ada mengelirukan penggunaan rangkai kata itu yang diberikan oleh mereka.Penggunaan yng betul “berdepan dengan” akan menjadikannya “berdepan pada” atau penggunaan yang lain ? Kedua-dua kumpulan tersebut sukar untuk kembali pulih selepas berdepan dengan kemelut kewangan.Penggunaan "berdepan dengan" dalam contoh ayat yang diberikan betul.Tatabahasa15.08.2021
Berdasarkan peruntukan di bawah, (a) apakah padanan bagi perkataan 'recovery of the loan'? (b) Bolehkah perkataan 'pemerdapatan' digunakan bagi konteks peruntukan ini? (c) apakah padanan bagi perkataan 'recovered'? Adakah perkataan 'didapatkan' adalah tepat? 7. Mana-mana pinjaman atau bahagian pinjaman yang dibuat daripada Kumpulan Wang dan caj perkhidmatan yang kena dibayar berkaitan dengan pemprosesan, kelulusan, pengurusan, penebusan dan mendapatkan bayaran pinjaman hendaklah disifatkan sebagai hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan dan hendaklah didapatkan dengan sewajarnya. 7. Any loan or part of a loan made out of the Fund and service charge due in connection with the processing, approval, management, redemption and recovery of the loan shall be deemed to be a debt due to the Government and shall be recovered accordingly.

(a) Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "recovery of the loan" ialah dapatan balik pinjaman.

(b) Perkataan pemerdapatan tiada dalam bahasa Melayu dan tidak boleh digunakan dalam teks bahasa Melayu.

(c) Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "recovered" dalam teks yang dinyatakan ialah didapatkan semula.

Penyemakan dan penterjemahan18.08.2021
Berdasarkan peruntukan di bawah, (a) apakah padanan bagi perkataan 'recovery of the loan'? (b) Bolehkah perkataan 'pemerdapatan' digunakan bagi konteks peruntukan ini? (c) apakah padanan bagi perkataan 'recovered'? Adakah perkataan 'didapatkan' adalah tepat? 7. Mana-mana pinjaman atau bahagian pinjaman yang dibuat daripada Kumpulan Wang dan caj perkhidmatan yang kena dibayar berkaitan dengan pemprosesan, kelulusan, pengurusan, penebusan dan mendapatkan bayaran pinjaman hendaklah disifatkan sebagai hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan dan hendaklah didapatkan dengan sewajarnya. 7. Any loan or part of a loan made out of the Fund and service charge due in connection with the processing, approval, management, redemption and recovery of the loan shall be deemed to be a debt due to the Government and shall be recovered accordingly.

a) Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "recovery of the loan" ialah dapatan balik pinjaman.

b) Perkataan pemerdapatan tiada dalam bahasa Melayu dan tidak boleh digunakan dalam teks bahasa Melayu.

c) Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "recovered" dalam teks yang dinyatakan ialah didapatkan semula.

Makna16.08.2021
Berdasarkan ayat yang diberikan di bawah,adakah ayat ini merangkumi beberapa kesalahan tatabahasa atau kesalahan kata? Sekiranya berjaya, masyarakat dapat memanfaatkan sepenuhnya sungai yang bersih dan bakal menarik kehadiran pelancong asing dalam menikmati keindahan sungai di samping melihat hidupan akuatik dengan kejernihan air sungai yang dimiliki. Intihannya, pengurusan secara langsung daripada pihak yang berkuasa dan mampu akan memastikan impian dalam memastikan setiap sungai di dalam negara mencapai tahap kebersihan yang diidamkan tercapai pada suatu masa kelak.

Ayat yang diberikan tidak begitu jelas maksudnya, mengelirukan, tidak difahami dan mempunyai banyak kesalahan. Antara kesalahan tersebut ialah:

1. Dari segi tatabahasa

2. Tanda baca

3. Wujudnya ketidaksinambungan antara ayat

4. Pemilihan perkataan yang tidak betul

Tatabahasa07.08.2021
Berdasarkan Kamus Dewan, cerlang bermaksud terang. Bolehkah perkataan 'cerlang' digunakan dalam konteks ayat berikut: Zaman sudah cerlang dengan revolusi industri 4.0?

Perkataan cerlang tidak boleh digunakan dalam contoh ayat yang diberikan kerana cerlang merujuk kepada cahaya terang, bukannya terang.

Makna20.09.2020
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, 'marcapada' bermaksud dunia sekarang ini. (1) Ayat yang manakah menggunakan perkataan 'marcapada' dengan betul: (a) 'Dalam meniti kehidupan pada marcapada,.......', (b) 'Dalam meniti kehidupan dalam marcapada,.......' atau (b) 'Dalam meniti marcapada,.......'? (2) Adakah frasa 'marcapada ini' dianggap lewah kerana marcapada sudah menunjukkan 'dunia ini'?Penggunaan kata sendi nama sebelum marcapada boleh digunakan atau ditiadakan.Tatabahasa31.08.2020
12345678910...

Kembali ke atas