Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.da.sar.kan] | برداسرکن

Definisi : berasaskan, bersandarkan, ber­landaskan: tulisan saya itu ~ berita yg tersiar di sebuah akhbar; tuduhan yg ~ bukti-bukti yg nyata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.da.sar.kan] | برداسرکن

Definisi : berdasar pd; berasaskan: Laporan itu ~ kejadian-kejadian yg betul-betul berlaku (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdasarkan

Peribahasa

Mengenakan baju di badan maka sesuai.

Bermaksud :

Menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengukur baju di badan sendiri).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TIMBANGAN DAN UKURAN

Timbangan dan ukuran ialah piawai yang

digunakan untuk mencari saiz benda. Sistem

ukuran yang terawal berdasarkan pada unit seperti

kaki dan hasta (panjang lengan bawah manusia)

yang mudah digunakan, atau berdasarkan pada

berat logam berharga. Sistem ini telah digantikan

dengan sistem metrik, yang dicipta di Perancis

pada tahun 1790-an, berdasarkan pada meter, gram

atau kilogram, dan saat.

UMUM 
EKUITI

Ekuiti dalam bidang undang-undang ialah satu

set peraturan yang dirumuskan pada mulanya

untuk mengelakkan keputusan mahkamah yang

terlalu tegar. Ekuiti berdasarkan prinsip kewarasan

dan keadilan yang luas. Ia membenarkan undang-undang

membuat penyesuaian berdasarkan

keadaan khusus sesuatu kes.

UMUM 
TAKWIM HIJRAH

Takwim Hijrah ialah kalendar yang berdasarkan

bulan qamari dan disebut juga takwim atau

kalendar Islam. Orang Arab sebelum Islam

menggunakan tahun qamariyah sejak zaman

dahulu kala. Tetapi bukanlah semua orang Arab di

seluruh Semenanjung Arab itu sama dalam cara

menggunakan kalendar mengukur waktu dan

sejarah yang berlaku di kalangan mereka. Begitu

juga panduan dan cara mencatat sejarah yang

mereka gunakan adalah sentiasa berbeza dan

berubah-ubah.

UMUM 
JULAI

Julai ialah bulan ketujuh dalam setahun

berdasarkan kalendar Gregory yang kini digunakan

hampir di seluruh dunia.

UMUM 
AGAMA KRISTIAN

Agama Kristian ialah agama yang berdasarkan

kehidupan dan ajaran Jesus. Kebanyakan pengikut

agama Kristian ialah ahli-ahli salah satu daripada

tiga kumpulan utama – Roman Katolik, Protestan

dan Ortodoks Timur. Kumpulan-kumpulan ini

mempunyai kepercayaan yang berbeza tentang

Jesus dan ajarannya, tetapi semua penganut

Kristian menganggap Jesus sebagai asas agama

mereka. Kebanyakan penganut Kristian percaya

bahawa tuhan diturunkan ke dunia sebagai

Penyelamat. Agama Kristian mengajar bahawa

manusia boleh diselamatkan melalui Jesus.

UMUM 
RACHAEL

Rachael, juga dieja Rahel . Nama ini berdasarkan

cerita dalam Kitab Perjanjian Lama.

UMUM 
CISejenis sastera yang mempunyai kaitan rapat dengan muzik dan dihasilkan berdasarkan tiun dan rentak sesuatu skor muzik.SASTERAKonsep
KONFUSIANISME

Konfusianisme ialah falsafah yang berdasarkan

idea ahli falsafah China, Confucius.

UMUM 
BULAN ISLAMBulan yang teah ditentukan oleh Allah S.W.t. berdasarkan pusingan satelit bulan yang bergerak mengelilingi bumi.AGAMAKonsep
MANICHAEISME

Manichaeisme ialah sistem agama dan falsafah

berdasarkan ajaran penganjur Babylon bernama

Mani yang hidup pada tahun 200-an M.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas