Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.daun] | برداءون

Definisi : mempunyai daun, tumbuh (ber­cambah) daunnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.daun] | برداءون

Definisi : 1 ada daunnya: Pokok yg hampir mati itu tidak ~. 2 tumbuh (mengeluarkan) daun: Pokok kacangnya baru ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdaun

Puisi
 

Kalau berdaun lebat sangat,
     Kalau berdahan dapat dititi;
Kalau setahun lambat sangat,
     Kalau sebulan boleh dinanti.


Lihat selanjutnya...(15)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
weedrumpaiVeterinarTiadaRumput-rampai dan tumbuhan renek serta berdaun lebar yang tumbuh secara bebas di merata-rata tempat seperti di kebun, ladang tanaman utama, tepi-tepi jalan atau di ban tali air. Sebahagian besar tumbuhan ini digemari oleh ternakan ruminan. Terdapat juga beberapa spesies rumpai berdaun lebar yang digemari oleh ternakan seperti rumput Israel (Asystasia intrusa) dan akar ulan (Mikania cordata). Manakala, jenis rumpai yang kurang digemari pula selalunya mempunyai ciri-ciri tumbuhan yang berduri seperti semalu (Mimosa pudica) dan terung liar (Solanum spp), berdaun kasar seperti mempelas (Tetracera indica) dan senduduk (Melastoma malabathricum), daun berbulu seperti akar kala (Clidemia hirta) dan letup-letup (Passiflora foetida) ataupun jenis yang berbau seperti pokok bunga tahi ayam (Lantana camara) dan maman pasir (Cleome cilita).
broadleavedberdaun lebarPerhutananTiadaTiada
needle leavedberdaun jejarumPerhutananTiadaTiada
stem lettucesalad berdaun bentuk memanjangPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
Broad-leaved weedRumpai berdaun lebarPertanianAgronomi

Semua tumbuhan jenis dikotiledon yang tidak diperlukan dalam satu kawasan tanaman. Contohnya, pokok senduduk. Kebanyakan tumbuhan dikotiledon mempunyai daun lebar berbanding tumbuhan jenis monokotiledon seperti rumput yang mempunyai daun tirus.

babassubabasuPentadbiran PerniagaanTiadaPalma berdaun panjang berbulu daripada genus Orbignya speciosa, di timur laut Brazil, yang mempunyai buah berkulit keras yang mengandungi minyak.
lotusterataiPerikananAkuakulturTumbuhan timbul yang berdaun lebar, berbunga merah jambu dan buahnya berbentuk seperti kon aiskrim. Daun, bunga dan buahnya timbul dan berkedudukan lebih tinggi daripada permukaan air. Biji teratai ini dikeringkan dan dijadikan bahan dalam minuman laici kang. Teratai juga dikenali sebagai seroja.
batavia saladsalad betawiPentadbiran PerniagaanTiadaSalad berdaun lebat, lebih kerinting dan berasa pahit, sebagai hiasan dan salad.
insulating vinespenjalar tebatLandskapTiadaTanaman menjalar berdaun lebat ya ng berfungsi sebagai penutup tembok.
friseefriseePentadbiran PerniagaanTiadaSalad tanah tinggi yang berdaun keriting, berwarna hijau muda dan putih kekuningan di sebelah dalamnya untuk salad dan hiasan yang banyak didapati di Perancis.
12345

Kembali ke atas