Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.de.nyut] | بردڽوت

Definisi : , mendenyut bergerak turun naik atau kembang kempis (spt gerakan nadi, ubun-ubun, jantung, dll): apabila jantung itu ~, maka darah pun mengalir; hatinya men­denyut menahan kemarahannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.de.nyut] | بردڽوت

Definisi : bergerak turun naik (pd nadi, ubun-ubun, jantung dll): Nadi orang hidup sentiasa ~ . (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdenyut


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sila terangkan maksud perkataan 'berdenyut-denyut' dalam ayat berikut? 1) Kaki Ali yang bengkak akibat penyakit kencing manis itu berdenyut-denyut.Maksud perkataan berdenyut ialah  mendenyut bergerak turun naik atau kembang kempis (seperti gerakan nadi, ubun-ubun, jantung, dan lain-lain): apabila jantung itu ~, maka darah pun mengalir; hatinya men­denyut menahan kemarahannya. Untuk maklumat lanjut, sila layari berdenyut">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=berdenyutTatabahasa07.12.2015
1) Apakah jawapan yang sesuai bagi mengisi tempat kosong di bawah? Jantungnya _____________kencang semasa keputusan peperiksaan diumumkan. "Berdenyut" atau "berdegup" atau kedua-dua jawapan boleh digunakan?Kamus Pelajar Edisi Kedua, BERDEGUP - bergerak turun naik atau kembang kempis; berdenyut

Kamus Dewan Edisi Keempat-BERDENYUT--bergerak turun naik atau kembang kempis spt gerakan nadi, ubun-ubun, jantung, dll):

Kedua-duanya boleh digunakan bagi jantung.
Tatabahasa07.08.2012
Apakah maksud “ubun-ubun lembut” ? Adakah ini simpulan bahasa? Bolehkah Puan/Tuan memberikan contoh ayat? Terima kasih.Ubun-ubun lembut bukanlah simpulan bahasa. Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, satu daripada maksud ubun-ubun ialah bahagian yang lembut dan berdenyut-denyut pada kepala yang berhampiran dengan dahi pada bayi. Oleh itu, ubun-ubun lembut merupakan pernyataan untuk menyatakan ubun-ubun ketika bayi masih lembut.Lain-lain31.03.2024

Kembali ke atas