Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.di.ri] | برديري

Definisi : 1. tegak di atas kaki, tidak ber­­baring (duduk, mencangkung, dsb), bangkit dan tegas: setelah khutbah selesai dibaca, maka masing-masing pun ~ utk ber­sem­bahyang; kami terpaksa ~ sahaja dlm dewan itu kerana kerusi yg disediakan tidak men­cukupi; 2. (telah) diadakan atau di­tubuhkan (bkn negara, pertubuhan, dll), telah ada: DBP sudah ~ sejak tahun 1956 lagi; 3. = ~ atas ber­­dasarkan, berasaskan, (ber­gantung, bersan­dar) pd: berjaya tidaknya rancangan yg baru itu ~ atas sokongan yg diterima drpd orang ramai; ~ atas kaki sendiri tidak bergantung pd orang lain; 4. = ~ atas = ~ drpd berasal (ber­mula, terbitnya, terjadi) drpd; ~ di belakang (pemerintah) menyokong atau berpihak (kpd pemerintah); ~ (bertegak) lutut duduk dgn lutut didirikan (ditegakkan); ~ sendiri tidak bergantung pd orang lain; ~ sama tegak, duduk sama rendah prb sama setaraf, sejajar dgn; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.di.ri] | برديري

Definisi : 1 bangkit dan tegak di atas kaki (tidak duduk, tidak baring dll): Murid-murid semua ~ apabila guru masuk. 2 tegak (sama ada ditanam atau disokong, ditopang dll). 3 (telah) ditubuhkan; (telah) ada: MARA telah ~ sejak tahun 1965 lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdiri

Puisi
 

Timah peteri dengan besi,
     Dicantum dengan paku Belanda;
Hukum berdiri dengan saksi,
     Adat berdiri dengan tanda.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Kuat berdiri pohon kerana akarnya,
     kuat akar kerana tanah.

Bermaksud :

Kekuatan sebuah kerajaan kerana orang besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar kerana rakyatnya yang bersatu padu.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
dera[d:«.ÄA)]kata kerjaberdiri bulu roma, meremang.Dera bulu romo kalu lalu kok kubo tu sore.[d:«.ÄA) bu.lu č.m kA.lu lA.lu ko/ ku.bo tu s:.ÄE]Meremang bulu roma kalau lalu di kubur tu berseorangan.
jinjeng[dZ:in.dZeN]kata kerjaberdiri di atas jari kaki.Budok tu jale jinjeng, pasa tumik kaki diyo sakek.[bu.d/ tu dZ:A.lE dZ:in.dZeN pA.sA tu.mi/ kA.ki di.j sA.ke/]Budak tu berjalan dengan jari kakinya kerana tumitnya sakit.
   2. perasaan takut dan seram (berada di tempat gelap atau sunyi).Bilo ambo tahu bilek ambo tu bratu, braso ra diri bulu tekok.[bi.l Am.b tA.hu bi.le/ Am.b tu bÄA.tu bÄA.s ÄA) d:i.Äi bu.lu t«.k/]Apabila saya tahu bahawa bilik saya tu berhantu, saya rasa seram dan berdiri bulu tengkok.

Kembali ke atas