Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.di.ri] | برديري

Definisi : 1. tegak di atas kaki, tidak ber­­baring (duduk, mencangkung, dsb), bangkit dan tegas: setelah khutbah selesai dibaca, maka masing-masing pun ~ utk ber­sem­bahyang; kami terpaksa ~ sahaja dlm dewan itu kerana kerusi yg disediakan tidak men­cukupi; 2. (telah) diadakan atau di­tubuhkan (bkn negara, pertubuhan, dll), telah ada: DBP sudah ~ sejak tahun 1956 lagi; 3. = ~ atas ber­­dasarkan, berasaskan, (ber­gantung, bersan­dar) pd: berjaya tidaknya rancangan yg baru itu ~ atas sokongan yg diterima drpd orang ramai; ~ atas kaki sendiri tidak bergantung pd orang lain; 4. = ~ atas = ~ drpd berasal (ber­mula, terbitnya, terjadi) drpd; ~ di belakang (pemerintah) menyokong atau berpihak (kpd pemerintah); ~ (bertegak) lutut duduk dgn lutut didirikan (ditegakkan); ~ sendiri tidak bergantung pd orang lain; ~ sama tegak, duduk sama rendah prb sama setaraf, sejajar dgn; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.di.ri] | برديري

Definisi : 1 bangkit dan tegak di atas kaki (tidak duduk, tidak baring dll): Murid-murid semua ~ apabila guru masuk. 2 tegak (sama ada ditanam atau disokong, ditopang dll). 3 (telah) ditubuhkan; (telah) ada: MARA telah ~ sejak tahun 1965 lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdiri

Puisi
 

Timah peteri dengan besi,
     Dicantum dengan paku Belanda;
Hukum berdiri dengan saksi,
     Adat berdiri dengan tanda.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Kuat berdiri pohon kerana akarnya,
     kuat akar kerana tanah.

Bermaksud :

Kekuatan sebuah kerajaan kerana orang besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar kerana rakyatnya yang bersatu padu.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
jump~ to, see vi (senses 3., 5. & 6.); ~ to attention, /membingkas, bergegas/ berdiri; (imper) berdiri tegak: he ~ed to attention when the colonel walked in, dia membingkas berdiri apabila kolonel masuk; ~ to conclusions, membuat kesimpulan dgn /terburu-buru, tergesa-gesa/; ~ to it, (colloq) cepat: ~ to it, girls, or we’ll miss the train!, cepat, kalau tdk kita akan ketinggalan kereta api!;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
risevi 1. stand up, berdiri: the horse rose on its hind legs, kuda itu berdiri di atas kaki belakangnya; the audience rose and cheered the performance, para penonton berdiri dan menyoraki persembahan itu; ~ to o’s feet, berdiri; 2. become erect, meremang, berdiri: the hair rose on the dog’s back, bulu anjing itu meremang; 3. (fml) get out of bed, bangun, bangkit: he early every day, dia bangun awal tiap-tiap hari; 4. advance in status, rank, etc, naik pangkat: he ~ rose rapidly in the firm, dia cepat naik pangkat di firma itu; a general who rose from the ranks, jeneral yg naik pangkat dr peringkat bawah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stand~ on; ~ on o’s /hands, head/, berdiri di atas kepala; ~ on end, (of hair) meremang, tegak, berdiri, naik; make so’s hair ~ on end, membuat bulu /roma, tengkuk/ sso /meremang, tegak, berdiri, naik/, meremangkan bulu /roma, tengkuk/ sso: the silence in the old house made my hair ~ on end, keadaan sunyi sepi di rumah itu membuat bulu roma saya meremang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stand2. also ~ up, rise, berdiri: all the children stood up when the headmaster entered, semua murid berdiri apabila guru besar masuk; 3. be situated or placed, terletak; (liter.) berdiri: the statue that ~s in the middle of the square, arca yg terletak di tengah-tengah medan itu; his wife’s photograph always ~s on his desk, gambar isterinya sentiasa terletak di atas mejanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
loiter~ /about, around/, berdiri-diri: teenagers ~ing about in shopping centres, budak-budak belasan tahun berdiri-diri di pusat membeli-belah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
deportmentn bearing, manners, susuk jijak, cara berdiri dan berjalan: to learn ~, mempelajari cara berdiri dan berjalan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
line 1 ~ up behind, berdiri di belakang: they had ~d up behind the new leader, mereka berdiri di belakang ketua baru itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stand ~ by so., berdiri teguh di sisi sso: a true friend who stood by me through thick and thin, sahabat setia yg berdiri teguh di sisi saya ketika susah dan senang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
self-sufficient 2. (of person) berdiri sendiri: she is a successful, ~ young woman, dia seorang perempuan muda yg berdiri sendiri dan berjaya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
standvi 1. take up an upright position, berdiri: there were no vacant seats on the bus, so I had to ~, tdk ada tempat duduk kosong dlm bas itu, jadi saya terpaksa berdiri; the dog will ~, sit or jump at its master’s command, anjing itu akan berdiri, duduk atau melompat apabila disuruh oleh tuannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas